Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BERSATU TIADA HUBUNGAN

Rundingan kerjasama dengan Bersatu sudah berakhir: Hadi
Rundingan kerjasama dengan Bersatu sudah berakhir: Hadi
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) di sidang medianya di Cyberjaya.

CYBERJAYA - Rundingan kerjasama politik antara Pas dan Bersatu berakhir sebaik sahaja parti yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan.

Ini kerana menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, keputusan itu diambil berdasarkan pendirian Pas yang tidak mahu turut bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Amanah.

"Secara rasmi tiada kerjasama, kalau itulah rasminya Bersatu (menyertai Pakatan Harapan)," katanya pada sidang medianya selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas mengenai status kerjasama Pas dengan Bersatu selepas parti baharu itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan baru-baru ini.

Bersatu Selasa lalu secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun mencadangkan supaya gabungan itu diberi beberapa pembaharuan.

"Bersatu mencadangkan agar gabungan menggunakan nama baharu, satu logo, satu simbol dan satu manifesto untuk menghadapi pilihan raya," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabatnya.

Mahathir berkata, melalui gabungan itu nanti, mereka bersetuju hanya akan meletakkan satu calon dalam satu kawasan.

Pakatan Harapan merupakan pergabungan tak rasmi antara parti politik pembangkang di Malaysia yang bertindak selaku pewaris Pakatan Rakyat.

Parti campuran ini ditubuhkan pada 22 September 2015, terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan terbaharu Bersatu.

Sementara Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

1 orang berkata:

Anonymous said...

Wahai pengundi2 semua..kamu diwajibkan undi umno dan pas..sbb kalau kami menang..kami akan naikkan denda kpd rm100k..penjara 30thn..rotan 100kali..kalau kamu undi parti lain..kamu semua kapir..pedulikan isu rasuah..isu 1mdb..isu seleweng duit..isu pengangguran..isu brg naik..minyak naik..pengangguran tinggi..duit jatuh..ekonomi teruk..asalkan yg perintah melayu islam..ingat tu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.