Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP DIGANTUNG ?


Pendaftaran DAP mungkin digantung
0
Pendaftaran DAP mungkin digantung
 
DAP pernah cuba menghubungi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenai status siasatan terhadap parti itu, bagaimana pun sehingga hari ini masih belum menerima sebarang maklumat terperinci.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP, Antony Loke Siew Fook, DAP sudah beberapa kali cuba menghubungi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, namun tidak dilayan.

"Sejak beberapa tahun yang lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak sedia mengadakan perbincangan dengan parti kami walaupun telah menghubungi mereka beberapa kali.

"Saya pun sudah membangkitkan perkara ini ketika sesi soal jawab dalam parlimen, tetapi jawapan yang diterima adalah masih dalam siasatan," kata Siew Fook ketika memberitahu Oriental Daily.

Siew Fook berkata demikian sebagai mengulas masalah kemungkinan pendaftaran DAP akan digantung berikutan pemilihan semula parti itu yang diadakan pada 29 September 2013.

Pada 3 April 2014, jabatan berkenaan menerima surat daripada DAP yang memohon semakan kehakiman ke atas tindakan yang diambil. Bagaimana pun DAP menarik balik saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beberapa bulan kemudian.

Pemilihan semula DAP diadakan selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan memaklumkan untuk membatalkan pendaftaran parti itu ekoran berlaku kesilapan dalam pengiraan undi pada pemilihan parti yang diadakan pada Disember 2012.

Siew Fook memberitahu, DAP akan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan parti lain, iaitu PKR, Amanah dan Bersatu sekiranya pendaftaran DAP digantung.

"Kami akan bincang dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan. Kami hanya akan membuat keputusan muktamad sekiranya DAP benar-benar digantung.

"Kemungkinan akan pinjam lambang parti lain sekiranya perlu. Kami ada beberapa rakan parti yang sedia meminjam lambang parti mereka untuk digunakan dalam PRU," katanya.

E-Kad: Imigresen sedia dialog

Jabatan imigresen sedia mengadakan dialog dengan majikan dan golongan usahawan mengenai masalah pekerja asing di negara kita.
 
Bagaimana pun, operasi menangkap pekerja asing tanpa izin (Pati) yang telah bermula pada 1 Julai lalu tetap akan diteruskan.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali seperti yang dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau.

Menurut Mustafar, tidak gunanya mana-mana Pati yang cuba menyembunyikan diri daripada ditahan kerana jabatan imigresen mampu mengesan mereka tanpa kira di mana.

Seramai 1,509 Pati pelbagai warganegara ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen sejak operasi penguatkuasaan besar-besaran dijalankan susulan tamatnya tempoh bagi pendaftaran Program E-kad pada 30 Jun lalu.

Jumlah penahanan tersebut adalah hasil daripada 181 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara bermula 1 Julai hingga kelmarin.

Larian obor sukan Sea: Guan Eng kecewa

Kerajaan Pulau Pinang kecewa tidak dijemput menghadiri acara larian obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 yang tiba di Pulau Pinang, kelmarin.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas BN kerana cuba menjadikan acara larian obor sukan Sea itu sebagai aktiviti sendiri sehingga tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak dimaklumkan mengenai acara berkenaan, sebab itulah tidak seorang pun wakil daripada kerajaan negeri hadir pada hari itu," kata Guan Eng kepada China Press.

Seramai 800 peserta menyertai larian obor di Pulau Pinang sebaik sahaja tiba di Markas Pasukan Polis Marin, di Georgetown, kelmarin. Pulau Pinang menjadi negeri kesembilan dilalui Obor Sukan Sea selepas Sarawak.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Chong Eng turut mendakwa Kerajaan Pusat cuba menggunakan sukan Sea untuk kepentingan politik mereka.

"BN telah membelakangi semangat kesukanan kerana tidak menjemput wakil Kerajaan Pulau Pinang. Sukan Sea adalah milik semua rakyat Malaysia," katanya.

1 orang berkata:

pak alresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO


>>>>>TOTO TOGEL MALAYIA KLIK DISINI <<<<<

DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL
angka;GHOIB: singapur
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum 4d
angka"GHOIB; laos…
angka"GHOIB; macau
angka"GHOIB; sidney
angka"GHOIB: vietnam















 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.