Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM BANGUN MEMBELA DAP ? (KIT SIANG)


HUSAM TIDAK PERLU MARAH-MARAH DENGAN PAS
SEBAB PAS MEMANG BUKAN MACAM PERANGAI DAP
YANG HUSAM MUSA PERTAHANKAN.
 
LEBIH BAIK HUSAM DOK DIAM-DIAM, SEKURANGNYA ADA LA YANG SUKA DENGAN DIA, IAITU DAP.
 
HUSAM MUSA, MU NI KALO ADA YANG CALONKANPUN MU TAK LAYAK. YANG SEBUT LAYAK HANYA DAP. AMANAH SENDIRI TAK YAKIN.
ISTANA LAGI LA TAK PERKENAN.
 
ADALAH LEBIH BAIK MU KELUAR KELANTAN.
SEBAB  APA JAWATAN TERTINGGI YANG MEMERLUKAN SULTAN KELANTAN LANTIKPUN
HUSAM TAKKAN DIPERKENANKAN.
 
SIYAAAAAN !!!
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
 
Saya cabar Pas namakan calon MB
?
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa.
 
Husam Musa.
KUALA LUMPUR - "Saya cabar Pas untuk menamakan calon Menteri Besar Kelantan," kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas tehadap kenyataan Pas mengenai cadangan calon menteri besar Kelantan adalah bukti DAP adalah ketua Pakatan Harapan.

"Sejak dahulu, Pas tidak pernah menamakan mana-mana pemimpin mereka sebagai calon menteri besar.

"Sejak zaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi, Pas tidak pernah mengemukakan mana-mana nama.

"Nama Allahyarham pun dicadangkan Semangat 46. Ini kerana Pas dan Semangat 46 menjalin kerjasama yang baik ketika itu," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, Pas tidak berani menamakan mana-mana calon menteri besar kerana parti itu tidak jelas dengan perjuangan mereka.

"Kalau dah tak ada nama, maknanya mereka masih tak jelas siapa yang boleh memimpin dan mentadbir Kelantan.

"Sepatutnya, jika Pas merasakan Datuk Ahmad Yakob masih layak mentadbir Kelantan, silalah maklumkan.

"Atau Pas merasakan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah atau Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz layak menggantikan sedia ada. Tapi, Pas tidak berbuat demikian," jelasnya.

Beliau berkata, nama menteri besar sebelum ini hanya diumum selepas pilihan raya sahaja.

Dalam pada itu, Husam menerima cadangan dia sebagai calon meteri besar Kelantan.

"Saya terima cadangan ini walaupun ia bersifat sementara. Ia membuktikan perjuangan Pakatan Harapan jelas.

"Kita tahu siapa yang boleh mentadbir dan tidak. Tetapi, jika ada yang lebih layak, saya akan beri laluan," katanya.


Terdahulu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memberi cadangan Husam merupakan calon Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan menang pada PRU14 nanti.

Kit Siang berkata, beliau mahu melihat pada Aidilfitri akan datang, tampuk kerusi kepimpinan kerajaan Kelantan akan berubah dengan kepimpinan diterajui oleh Husam.

4 orang berkata:

PAK SUKIMAN said...

Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
saya seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D 
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

Anonymous said...

Pas bangsat..pengkhianat rakyat..

Anonymous said...

Lebih baik ph tadbir kelantan dan husam jadi mb daripada pas tadbir dan nik abuduh jadi mb, mamat abuduh tu kerja layan fb jer, malas turun padang, tau2 balak dah hilang kikiki

Anonymous said...

Kawe sokong huse jadi mb. Kawe tak se nik abduh wei

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.