Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM MENGAJAR BANK NEGARA ?


 JIKA DAKWAAN HUSAM TIDAK BETUL MAKA ITU ADALAH SUATU FITNAH, DAN KERAJAAN NEGERI BOLEH BUAT SAMAN MALU

KERANA TUDUHAN HUSAM SEOLAH-OLAH KERAJAAN NEGERI BODOH ATAU TUDUHAN ADA UNSUR MENSABOTAJ ?  


-Pak Karamu-
 
 
 
BNM perlu ambil tindakan terhadap Kelantan
Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia
 
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil tindakan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan bersama-sama syarikat yang memeterai perjanjian melibatkan satu juta tanah hutan simpan di negeri itu.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa berkata, tindakan tegas itu sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan BNM terhadap syarikat yang dinamakan oleh BNM dalam senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun lalu.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh bekerjasama? Adakah mereka tidak menyiasat latar belakang syarikat ini sebelum memeterai perjanjian?

“Ini menunjukkan kerajaan negeri cuai kerana cuai dengan berurusan dengan syarikat ini,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama dengan syarikat terbabit menunjukkan kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob tidak mengambil berat amaran BNM.

“Mereka turut mengumumkan projek perniagaan karbon bertaraf dunia diluluskan kepada syarikat tersebut.

"Saya harap BNM dapat mengambil tindakan lebih proaktif terhadapan semua skim seperti ini bagi mengelakkan orang awam tertipu,” ujarnya.

Husam berkata, ramai orang Melayu khususnya yang membuat pelaburan dengan projek ini berasa sia-sia.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri, bagaimana perjanjian ini dibuat. Adakah latar belakang syarikat ini sudah disemak?

“Ini kerana, berdasarkan carian saya mendapati, pemegang saham syarikat ini tidak mempunyai latar belakang mereka tidak ada kaitan dengan projek ini,” ulasnya.

Katanya lagi, bagaimana kerajaan negeri melihat prospek syarikat ini dengan status kelayakan mereka menguruskan tanah berkenaan walaupun tidak mendapat kelulusan BNM untuk beroperasi.

“Wang berpuluh bilion hangus kerana tidak dibuat pelaburan betul dan mereka cari jalan mudah untuk dapat kekayaan dan pelbagai pihak mengambil kesempatan.

“Kerajaan negeri pun kadangkala terpedaya," katanya.

Syarikat berkenaan memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri pada 9 Jan 2017 menerusi perjanjian yang meliputi tempoh 30 tahun.

“Bagaimana urus tadbir kerajaan negeri dalam mengendalikan projek tersebut tanpa melalui proses usaha wajar (due diligence)," katanya.

Syarikat tersebut adalah salah satu daripada empat syarikat yang dinamakan oleh BNM menerusi satu senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 26 Jun lalu tidak mengambil berat amaran Bank Negara itu dan turut mengumumkan projek perniagaan karbon bertaraf dunia diluluskan kepada firma tersebut.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Bab ekonomi ni bagi aku pas memang gagal... dlm tahun 90an.. pas pernah tubuh kohilal... mcm koperasi pelaburan.. modal dia dari ahli pas & org ramai.. aku dgr citer dh bankrap.. gagal... kesian kt pelabur2.. org2 pas.. & org susah yg pada mulanya yakin dgn jenama perniagaan yg guna nama Islam oleh pas.... duit pelaburan pun kelam... kabur.. senang citer x dpt balik.. tu bagi aku Pas ni x payah kecoh pasal 1mdb.. kalau x tau pasal ekonomi.. x dok sibuk.. selesai dulu kes Kohilal... baru sembang pasal 1mdb.... ahli pas tolong jawab pasal kohilal sat.. 1 sen wang kami anda ambik.. sampai akhirat kami x halal..

Anonymous said...

maaf cakap laa. parti pak lebai mmg bebal hal hal teknikal mcm bab ekonomi ni. masuk parlimen pun asyik tidor jer kalau tak tido asyik ponteng. lebai mana reti bab bab mcm ni, mcmana nak bela ekonomi rakyat. masuk jer bab2 teknikal mcm ni pak lebai mmg kena kencing. bab hudud pun kena kencing jugak. mmg lebai hancing.

Anonymous said...

tgk kelantan cukup le.. time raya jem teruk.. bukan jem sb keta byk sgt pun.std le raya. jem sb jalan kecik.. tiada jalan baru.. jalan teruk.. senang citer Pas x pandai bt keje... pikir nasib perut sendiri & tokey balak je....mcm ni nk tawan kedah perak selangor pahang tgganu.. rasa2 sama mcm nasib kelantan.. Mudur ke belakang.... nak perintah Malaysia?????? rasa2 lagi teruk dari Zimbabwe kot...

Anonymous said...

mcm kt masjid aku..
ustaz2 pas dok bt masjid lobuk2 duit poket depa... minta derma mcm2 benda.. minta derma tapi mai naik kereta mewah.. bini 2,3... awat pengemis kt pasar malam ditangkap.. ustaz2 yg mengemis kt masjid tak ditangkap.. pejabat agama polis sprm jkm rela bomba jpam tolong tangkap sama ustaz2 yg dok mengemis haram di masjid.... derma ruu la.. derma unit amal la.. derma pasti la.. derma pru la.. derma saman sarawak repot la..

Anonymous said...

kpd pimpinan pas.. x gadaikan maruah parti kerana segelintir pimpinan yg ade kepentingan peribadi dgn najib & umno... ni amaran kami ahli akar umbi pas.. kalau x tahu.. duduk diam2 cukup...1 dunia dh tahu siapa najib & 1mdb.. jangan bt kenyataan bodooo yg merugikan parti & kepercayaan akar umbi pengundi pas... kalau rasa nk masuk umno ..silakan ..tolong x heret parti pas skali utk kepentingan peribadi anda....

pak alresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO


>>>>>TOTO TOGEL MALAYIA KLIK DISINI <<<<<

DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL
angka;GHOIB: singapur
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum 4d
angka"GHOIB; laos…
angka"GHOIB; macau
angka"GHOIB; sidney
angka"GHOIB: vietnam















 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.