PUTRAJAYA - Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk melakukan 

siasatan berhubung pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar 
dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas
 kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
 kertas siasatan mengenainya kemudiannya akan diserahkan kepada 
Peguam Negara untuk sebarang tindakan lanjut.

"Dalam hal ini kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak 
dialu-alukan kerana seolah-olah mencabar dan meletakkan orang 
Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan yang dilakukan Kesultanan
 Sulu, khususnya keluarga Jamalul Kiram," katanya pada sidang 
media di pejabatnya di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menerima 
kunjungan hormat Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan
 Indonesia, Luhut Binsar Panjaitand.

Isu itu tercetus selepas beberapa keping gambar yang memaparkan
 pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel dimuat naik ke laman 
Faceboook yang kemudiannya menjadi viral.

Ahmad Zahid berkata, secara amnya kerajaan terbuka dan meraikan
 perbezaan pendapat di kalangan ahli politik yang berbeza pandangan
 dalam sesuatu isu, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya
 berlaku apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan 
pertahanan negara.

Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai 
sangat tidak dialu-alukan, beliau berkata pertemuan itu juga seolah-olah
 satu 'pengiktirafan' oleh Nurul Izzah kepada Kesultanan Sulu yang
 berada di belakang tabir insiden pencerobohan bersenjata di Lahad 
Datu pada 2013.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peristiwa pencerobohan di Lahad 
Datu bukan kes terasing dan bukan hanya kes politik, sebaliknya
 melibatkan soal keselamatan, kedaulatan serta pertahanan negara.

"Jika ada mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi 
dalang dalam peristiwa Lahad Datu, ertinya secara tidak langsung 
menunjukkan pengiktirafan individu atau parti politik berkenaan terhadap
 mereka yang menceroboh negara," katanya.

Ahmad Zahid berkata, secara amnya kerajaan terbuka dan meraikan
 perbezaan pendapat di kalangan ahli politik yang berbeza pandangan
 dalam sesuatu isu, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya
 berlaku apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan 
pertahanan negara.

Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai sangat
 tidak dialu-alukan beliau berkata, pertemuan itu juga seolah-olah satu
 'pengiktirafan' oleh Nurul Izzah kepada Kesultanan Sulu yang berada 
di belakang tabir insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 
2013.

Timbalan perdana menteri berkata, peristiwa pencerobohan di Lahad 
Datu bukan kes terasing dan bukan hanya kes politik, sebaliknya 
melibatkan soal keselamatan, kedaulatan serta pertahanan negara.

"Jika ada mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi
 dalang dalam peristiwa Lahad Datu, ertinya secara tidak langsung 
menunjukkan pengiktirafan individu atau parti politik berkenaan terhadap
 mereka yang menceroboh negara," katanya. - Bernama