Pertemuan Izzah: Kerajaan serah kepada polis
PUTRAJAYA - Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk melakukan
siasatan berhubung pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas
kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.
Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
kertas siasatan mengenainya kemudiannya akan diserahkan kepada
Peguam Negara untuk sebarang tindakan lanjut.
"Dalam hal ini kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak
dialu-alukan kerana seolah-olah mencabar dan meletakkan orang
Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan yang dilakukan Kesultanan
Sulu, khususnya keluarga Jamalul Kiram," katanya pada sidang
media di pejabatnya di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menerima
kunjungan hormat Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan
Indonesia, Luhut Binsar Panjaitand.
Isu itu tercetus selepas beberapa keping gambar yang memaparkan
pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel dimuat naik ke laman
Faceboook yang kemudiannya menjadi viral.
Ahmad Zahid berkata, secara amnya kerajaan terbuka dan meraikan
perbezaan pendapat di kalangan ahli politik yang berbeza pandangan
dalam sesuatu isu, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya
berlaku apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan
pertahanan negara.
Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai
sangat tidak dialu-alukan, beliau berkata pertemuan itu juga seolah-olah
satu 'pengiktirafan' oleh Nurul Izzah kepada Kesultanan Sulu yang
berada di belakang tabir insiden pencerobohan bersenjata di Lahad
Datu pada 2013.
Timbalan Perdana Menteri berkata, peristiwa pencerobohan di Lahad
Datu bukan kes terasing dan bukan hanya kes politik, sebaliknya
melibatkan soal keselamatan, kedaulatan serta pertahanan negara.
"Jika ada mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi
dalang dalam peristiwa Lahad Datu, ertinya secara tidak langsung
menunjukkan pengiktirafan individu atau parti politik berkenaan terhadap
mereka yang menceroboh negara," katanya.
Ahmad Zahid berkata, secara amnya kerajaan terbuka dan meraikan
perbezaan pendapat di kalangan ahli politik yang berbeza pandangan
dalam sesuatu isu, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya
berlaku apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan
pertahanan negara.
Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai sangat
tidak dialu-alukan beliau berkata, pertemuan itu juga seolah-olah satu
'pengiktirafan' oleh Nurul Izzah kepada Kesultanan Sulu yang berada
di belakang tabir insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada
2013.
Timbalan perdana menteri berkata, peristiwa pencerobohan di Lahad
Datu bukan kes terasing dan bukan hanya kes politik, sebaliknya
melibatkan soal keselamatan, kedaulatan serta pertahanan negara.
"Jika ada mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi
dalang dalam peristiwa Lahad Datu, ertinya secara tidak langsung
menunjukkan pengiktirafan individu atau parti politik berkenaan terhadap
mereka yang menceroboh negara," katanya. - Bernama
2 orang berkata:
Sejsk hadi pas bagi oksigen kat najib, amno makin naik tocang
Hadi bagi oksijen pada najis dan hadi makin kehabisan oksijen .otaknya bercelaru .pengikynya apa lah lagi celarunya .nak pula bloger pakakarmu ni ,oksijen dalam otak dah kurang ,kalau orang lain buat semua bala .apa? ulamak kau orang buat tak jadi bala? fikirlah dengan adil.kau tahu tak seranag orang ramai ,akibatnya lebih cepat kau dapat .kau tak sedra tetapi oarng lain lihat kau dan ulamak kau makin mereng.
Post a Comment