Anwar nafi terima RM60j ketika jadi TPM
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau
menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation Bhd ketika
beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
Kementerian Kewangan.
“Ini semua bohong dengan niat jahat serta tidak benar,” kata bekas
Ketua Pembangkang itu dipetik laporan Malaysiakini.
Penafian tersebut dibuat ketika sesi soal jawab yang dikendalikan
peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang
mewakili senator, Datuk S Nallakaruppan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, pagi tadi.
Dalam sesi soal jawab itu, Shafee mendakwa Anwar menerima wang
tersebut di beberapa lokasi antaranya di Bukit Damansara, kediaman
rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan gelanggang tenis
di kondominium Tivoli Villa, Bangsar.
Dalam sesi tersebut, Shafee menamakan orang tengah itu sebagai isteri
Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail,
Nama lain yang disebut adalah Sukma Darmawan Saasmitadja, isteri
Menteri Besar Selangor, Shamsidar Taharin dan senator, Mohd Ezam
Md Noor.
Anwar memberikan keterangan dalam kes saman RM100 juta
selepas Nallakaruppan mendakwa wang itu diberikan kepadanya
ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya Permatang Pauh pada
2008.
2 orang berkata:
jumpa ular dengan keling..apa perlu kita buat...sendiri mau imgat laaa...
Mosabit .kau kata keling .nama gelaran pakkakrmu ni keling ke india?.indon ke arab?kadang2 cara tulisan menyokong Pas sahaj dan orang lain semua salah sama macam ke ling.
Post a Comment