Terus istiqamah bersama Pas walaupun diuji
KOTA BHARU - Biarpun diuji pelbagai cabaran, namun Pas Kelantan
mengharapkan penyokong dan kepimpinan yang ada dapat bertenang,
di samping terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sepanjang tempoh 60 tahun
Pas di Kelantan, pelbagai perkara dihadapi dan ia ujian untuk menjadi
lebih matang, sekali gus memastikan parti Islam itu terus berkubu
di negeri ini.
“Kita telah melalui ujian demi ujian, selepas Muktamar baru-baru ini,
beberapa orang tidak terpilih keluar meninggalkan Pas dan bentuk
parti baharu. Kita tidak rasa tergugat.
“Kita mesti tenang, kita kena bersabar kerana ia baru sahaja bercambah
sebagai benih dan belum diletakkan di suatu tempat untuk membesar.
Kita perlu berikhtiar untuk meneruskan tanggungjawab yang kita pangku
hari ini. Ini bukan pilihan tetapi kewajiban,” katanya.
Terdahulu beliau merasmikan Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan
di Medan Ilmu yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah dan Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat
Nawi yang juga pengarah program serta barisan kepimpinan Pas
negeri.
Ahmad berkata, sambutan itu sangat penting khususnya di Kelantan
untuk mengenang jasa pejuang yang bertungkus-lumus membentuk
pentadbiran berlandaskan Islam.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan turut menghargai
sokongan dan kepercayaan diberikan oleh rakyat selama ini untuk
meneruskan legasi kepimpinan ulama yang ditinggalkan Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan parti dan negeri
menghadapi cabaran.
“Apa yang saya ingin tekankan, perancangan kita atur tidak akan
berjaya tanpa adanya ikatan ketakwaan kepada ALLAH SWT,
kepatuhan kepada keputusan yang telah digariskan sama ada
oleh Majlis Syura Ulama, Pas
Pusat atau mana-mana keputusan dibuat perlu difahami secara teliti
, dan diterima dengan hati lapang, walaupun kadang-kadang ia tidak
secocok dengan kita.
“Bersabarlah dengan keputusan, khususnya dalam situasi
mutakhir ini kita diuji dengan parti baharu, bersabarlah dan
yakinlah ALLAH SWT akan memberikan laluan mudah
kepada kita. Perkara-perkara sebegini kita perlu tekankan
dalam parti,” katanya.
Tambahnya, merujuk kepada apa berlaku mutakhir ini,
banyak isu agak panas dan pandangan yang boleh menatijahkan
sesuatu tidak baik kepada parti.
“Bagi mengurus hal ini, semua ahli wajib mendokong konsep
dengar dan patuh kepada pimpinan tertinggi. Parti ada Majlis
Syura Ulama dan Presiden. Ia persoalan asas dan adat tertinggi
di dalam Pas wajib difahami dan diamalkan semua ahli parti,”
katanya
.
4 orang berkata:
Kau yang berambus..sokong membabi buta..
Hadi pemimpin PARTI AJARAN SESAT.
tenguk cara kau menulis perkataan BERAMBUS .ini memaparkan bahawa wajah kau sama aje dengan hasa yang kau keluarkan ,dan ini juga cara kau belajar dari tok guru kau ,hadi .memang kasar bahasanya adn kurang ajar.kalau dia ada ilmu islam takan sekasar ini ,seharusnya dia berlembut dan menasihati atau ajak bersama .dan kau memang iblis dalam Pas.aku sebagi ahli bias menyesal sungguh berketuakan Hadi ,indin bersma Umno dan ki9ni menmpakan wajah munafiq untuk menggambarkan bahawa dia bersama memali.jangan jadi munafiqlah ,sepatut dia terus mneyerang peminpin Zalim BN dan Umno.sial,
2.07 am yg kau serang hadi ngapa pulak apa masallah kau.kalau da x nak dengar cakap pemimpin memang layak kau berambus. munafikirin
Post a Comment