Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAK SAPA ? ADA MAK AYAH TAK ? MAK PAK KERJA APA ? OOOOOO, PATUT LAAAA !

Kerana cinta, remaja perempuan sanggup menipu
Nur Amirah
SHAH ALAM - Atas dasar saling mencintai, kurang didikan agama serta kurangnya perhatian dan kasih sayang keluarga, seorang remaja perempuan sanggup melakukan penipuan demi bersama teman lelaki. 
Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, itu antara punca remaja perempuan sanggup menipu keluarganya sendiri kerana cinta dan ingin bebas.

“Kerana kurangnya didikan agama, maka timbul perkara tidak sepatutnya. Apabila kurangnya perhatian dan kasih sayang, mereka mula melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesan kepada keluarga," katanya.

Tengku Asmadi berkata, kerana terlalu terbuai-buai dengan perasaan cinta, terdedah dengan cerita cinta dan ditambah pula usia begitu mudah, membuatkan mereka membayangkan keindahan di alam percintaan.

Bagaimanapun, ibu bapa memainkan peranan untuk selalu mengingat dan menasihati anak-anak remaja perempuan bahawa tidak wujud lelaki di luar sana yang akan mengambil kesempatan ke atas mereka.

Pada masa sama, anak-anak juga perlu lebih bijak, bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi dari segi sosial.

“Mereka harus faham ada pihak cuba memerangkap mereka menggunakan ayat-ayat ‘power’. Jadi apabila anak perempuan ini mengetahui, jadi tidaklah mereka mudah terperangkap dengan jerat cinta lelaki,” katanya.

Beliau berkata, ada ibu bapa terlalu percaya anak. Apabila berlaku kes seperti ini, kita terima kesan.
“Lagi pun tidak pelik anak menipu. Kes sebegini banyak berlaku. Kadang-kadang mereka sendiri berpakat dengan kawan supaya mereka boleh keluar dengan teman lelaki.

“Sikap remaja begini membuatkan orang ramai marah. Namun, kita jangan serik  bantu. Jika berlaku kes sebegini yang sengaja diada-adakan ceritanya, wujud kes benar,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian viral yang berlaku terhadap remaja perempuan 14 tahun baru-baru ini, umurnya terlalu mentah dan mungkin bertindak tanpa fikir panjang.

“Beri mereka peluang. Mungkin ia pengajaran kepada anak remaja lain,” katanya.

Katanya, dalam insiden tersebut, keluarga pasti malu, kerana pada saat ia diviralkan keluarga berharapkan bantuan agar anak ditemui,  tetapi pada masa rasa marah.

Marah pada si anak gadis dan malu dengan orang ramai kerana ia membongkar kelemahan keluarga itu dalam segi pendidikan. Namun keluarga perlu sabar dan beri peluang  agar anak itu fahami makna hidup.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Nak tengok drama melayu di tv, semua kisah cinta. Nak gi kedai beli novel melayu, semua kisah cinta. Cam ne anak2 perempuan melayu tak khayal dgn cinta dn jd mangsa buaya?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.