Mukhriz bertugas seperti biasa hari ini
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari
ini menjalankan tugas seperti biasa dengan menghadiri Istiadat
Pengurniaan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran sempena Perayaan
Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-88 di Istana Anak Bukit di
sini.
Istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran itu disempurnakan
Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang
juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Semalam, satu sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan
Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah menegaskan bahawa
pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri
Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri.
Sidang media tersebut juga turut merayu Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti
negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap MB]
Ahmad Bashah berkata, Mukhriz gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di negeri tersebut.
Pada hari yang sama Mukhriz turut memberi kenyataan yang menegaskan
beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasinya sejak
dilantik menerajui pentadbiran negeri Kedah.
Mukhriz berkata, kedudukan beliau sekarang adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.
1 orang berkata:
Mungkin tuang presdeng parti cap penutup periok salah bagi nasihat. Tu yang gagal nak singkir mukhriz turrr
Post a Comment