Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA ITU BERBAGAI SUDUT ?

Azalina gesa henti persoal keputusan Peguam Negara
Azalina gesa henti persoal keputusan Peguam Negara
Azalina
 
SHAH ALAM – Semua pihak perlu menghormati keputusan Peguam Negara yang mengesahkan bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia adalah keputusan yang dibuat setelah meneliti laporan yang dikemukakan daripada pelbagai sudut.

Oleh itu, katanya, semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu patuh kepada keputusan tersebut.

“Ia adalah keputusan yang patut dihormati. Untuk itu semua pihak perlu berhenti membahaskannya terutama di dalam media sosial.

“Ketiga-tiga kertas siasatan SPRM tersebut termasuk melibatkan dana RM2.6 bilion dan dua kes membabitkan kes SRC International,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Menurut Azalina lagi, mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan pendakwaan, tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana-mana korum.

“ Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

“Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah,” jelasnya.
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

TOLAK PAS PILIH AMANAH - TPPA

Anonymous said...

Senang cakap tak dibenarkan soal jawab di malaysia.tanda soal diharamkan.bukan amanahlah anon 149 tp pandir nama pendeknya.nama pjgnya pandirkutty imayam inikulek makna dia parti habuk pun tarak jilat dap je lebih dgn kutuk pas@tak ada kerja punya parti

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.