Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CILAKAK PUNYA LORI, BIKIN RAKYAT RIBUUUT

Orang ramai panik, tayar meletup disangka bom
0
Tembakan, letupan gegar Jakarta
Pihak berkuasa Indonesia berlindung di belakang kenderaan. - Foto CNN
 
JAKARTA - INDONESIA. Orang ramai di sekitar Jalan Thamrin, tempat kejadian serangan bom oleh pengganas di bandar raya ini, terus trauma apabila mereka berlari bertempiaran apabila terdengar satu lagi letupan pada kira-kira pukul 9 malam tadi. 
 
Letupan berdekatan bangunan Badan Pengkajian dan Penerapan Teknolgi (BPPT), di sini itu boleh didengar sehingga 500m itu menyebabkan ramai yang menjadi panik sehingga ada yang menangis ketakutan.

Bagaimanapun polis mengesahkan letupan itu adalah bunyi tayar sebuah trak pecah di jalan itu.

Ketua Polis Jakarta Pusat, Hendro Pandowo memberitahu pemberita di sini orang ramai mungkin masih trauma dengan kejadian pagi tadi dan sensitif dengan sebarang bunyi letupan.

Polis juga telah melakukan pemeriksaan dan memastikan tidak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

[ARTIKEL BERKAITAN: Serangan di Jakarta ada kaitan dengan IS]     
  
"Kita sudah pastikan tidak ada letupan bom tetapi hanya letupan tayar lori sahaja. Keadaan terkawal dan jalan sudah dibuka seperti biasa," katanya.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati orang ramai masih lagi berhimpun berdekatan bangunan tersebut untuk mengikuti perkembangan walaupun keadaan sudah terkawal.

Pada kejadian pukul 10.50 pagi semalam, tujuh orang termasuk lima suspek penjenayah dan dua orang awam terbunuh selepas berlaku insiden letupan bom dan tembak menembak di hadapan Gedung Cakrawala di Jalan Thamrin di sini. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.