KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan

 menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan
 sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin,
 Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah 
bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan 
dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355  di Parlimen.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak
 dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan
 dan parti.

"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin
 meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," 
katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Amar, Takiyuddin perlu 
bertanggungjawab]

Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri
 sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa
.