Najib lawat Abdul Hadi di IJN
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat menziarahi
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di
Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.
“Saya dimaklumkan ketika berada di IJN bahawa Datuk Seri Hadi Awang juga sedang dirawat di situ dan turut menziarahi beliau.
“Saya doakan semoga beliau dikurniakan sebaik-baik kesihatan oleh ALLAH SWT,” tulisnya melalui Facebook, sebentar tadi.
Sebelum itu, beliau melawat bekas pegawai penerangannya, Datuk Nasir Safar yang sedang menerima rawatan di IJN.
Difahamkan Najib ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan
susulan tangannya yang dibedah Sabtu lalu untuk membuang ketumbuhan.
Melalui aplikasi Whatsapp Pas, media difahamkan Abdul Hadi ke IJN untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan rutin.
0 orang berkata:
Post a Comment