Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA MUKHRIZ LETAK JAWATAN KERIER POLITIKNYA BERAKHIR

Letak jawatan bolehkan konflik MB selesai
Krisis kedah
 
KUALA LUMPUR - Bagi mengelakkan kemelut politik Kedah berlarutan, seorang penganalisis politik berpendapat adalah lebih baik bagi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memilih untuk berjiwa besar dengan mengutamakan perpaduan Umno dan kepentingan parti. 
 
Penyandang Kursi Tun Abdul Razak dan Professor Pelawat Sains Politik di Universiti Ohio, Amerika Syarikat, Prof Dr Jayum Jawan berkata langkah terbaik yang wajar diambil oleh Mukhriz bagi menyelesaikan pergolakan politik di Kedah adalah dengan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar.

"Langkah itu (meletak jawatan) secara langsung dapat mempertahankan maruah dan integriti Mukhriz sebagai seorang pemimpin kerana sudah jelas beliau tidak mendapat sokongan daripada semua (ketua) Umno Bahagian di Kedah," katanya kepada Bernama.

Sejak 20 Januari lepas, suasana politik di Kedah 'panas' apabila Mukhriz menerima tekanan daripada barisan kepimpinan Umno Kedah yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah.

Jayum, yang juga Timbalan Ketua Kluster (Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa) Majlis Profesor Negara, berkata kesediaan Mukhriz untuk menjaga kepentingan parti seiring dengan pendiriannya sebelum ini yang menegaskan bahawa beliau akan tetap setia kepada Umno.

Mukhriz, yang juga Adun Ayer Hitam, turut dilaporkan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.