Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KE MAHKAMAH RAYUAN

Hishamuddin Rais dipenjara 9 bulan
0
Hishamuddin Md Rais
Hishamuddin Md Rais
 
KUALA LUMPUR - Aktivis Hishamuddin Md Rais hari ini dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei, 2013. 
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 9 Januari 2015 dan memerintahkan Hishamuddin menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Syahredzan Johan yang mewakili Hishamuddin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dengan jaminan RM6,000.

Dalam penghakimannya, Nordin berkata hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen adalah tidak setimpal dengan kesalahan selain tidak memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain yang melakukan kesalahan sama.

"Justeru itu, hukuman denda diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara sembilan bulan bermula hari ini manakala wang denda dikembalikan," katanya.

Terdahulu Nordin menolak rayuan Hishamuddin untuk mengetepikan sabitan selepas bersetuju dengan Mahkamah Sesyen bahawa maksud konteks ucapan tertuduh adalah untuk mengubah kerajaan.

Katanya, tertuduh ada hak untuk berucap tetapi ia tidak boleh dijadikan asas untuk melanggar undang-undang.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat keputusan Mahkamah Sesyen terhadap sabitan tidak perlu diganggu dan rayuan terhadap sabitan ditolak," katanya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya A.S Thangavelu dan Syahredzan.

Mengikut pertuduhan, Hishamuddin didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.  

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.