ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan

 bersama dalam sesi pertemuan Adun BN dengan Jemaah Pemangku 
Sultan Kedah esok.

Mukhriz berkata, walaupun beliau akan ke Wisma Darul Aman namun 
tidak akan bersama dalan sesi khas berkenaan yang dijadualkan akan 
berlangsung pada jam 2 petang itu.

"Pertemuan berkenaan bukan dengan saya sebaliknya ia hanya 
melibatkan Adun-adun BN dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah sahaja.

"Mungkin Jemaah Pemangku Sultan Kedah mahu bertanyakan adakah 
benar mereka (Adun BN) mempunyai pendirian yang sama seperti pada
 sidang media pada 20 Januari lalu," katanya ketika ditemui media selepas
 tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini 
sebentar tadi.

Terdahulu kira-kira 100 orang penyokong Mukhriz itu menunggu ketibaannya 
di lapangan terbang berkenaan.

Ketibaan Adun Ayer Hitam itu disambut dengan sorakan dan beberapa kain
 rentang yang menyokong kepimpinannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN Kedah akan jumpa Jemaah 
Pemangku Sultan]

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan ada perlantikan menteri 
besar baharu akan dibuat selepas pertemuan esok, Mukhriz enggan 
mengulas lanjut
.