Serangan Jakarta: Empat penyerang ditembak mati
JAKARTA - INDONESIA. Polis mengesahkan telah menembak mati empat
penjenayah yang dipercayai terbabit dalam insiden menyerang pondok polis
dan siri letupan di kawasan berhampiran Sarinah Mall, di Jalan MH
Thamrin di sini hari ini.
Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Daerah Metro Jaya, M.Iqbal
memberitahu pemberita di tempat kejadian, keempat-empat lelaki itu belum
dikenal pasti tetapi polis percaya telah melumpuhkan serangan mereka
dan tiada lagi suspek yang diburu. Katanya, mereka ditembak di Gedung Cakrawala dan di tepi jalan di kawasan Thamrin namun polis masih belum boleh mengesahkan sama ada mereka adalah dari kumpulan rangkaian pengganas atau sebaliknya.
Iqbal turut menjelaskan sebenarnya ada dua letupan yang berlaku di
lokasi kejadian manakala yang lainnya adalah bunyi tembakan. - Bernama
[ARTIKEL BERKAITAN: Tembakan, letupan gegar Jakarta]
0 orang berkata:
Post a Comment