Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINTALAH PADA DIA, LA ILAHA ILLA HUWA

Dr Asri: Antara keampunan Tuhan dan manusia
0
Dr Asri
Dr Asri
 
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan Tuhan itu berhak mengampuni segala dosa hambanya  kerana DIAlah pencipta segala semesta alam ini. 
 
Namun ujarnya, sekiranya manusia yang bertindak sebagai 'pengampun dosa' maka berlakulah ketidakadilan.

"Apabila Tuhan mengampuni dosa seseorang, maka DIA memasukkan hamba itu ke dalam syurga sebagai tanda kurniaan keampunanNYA.

"Sementara manusia itu jika 'mengampun dosa' seseorang yang dia tiada hak untuk memansuhkan dosa itu, maka dia akan meminta habuan untuk dirinya. Ketika itu akan berlakulah ketidakadilan dan perkara yang tidak wajar," katanya menerusi entri terbaharu di Facebooknya.

Oleh itu ujarnya, apa yang diperlukan oleh manusia ialah mencari keampunan daripada ALLAH dan bukannya daripada 'benda' lain.

"Apa yang kita perlukan dalam hidup ini ialah keampunan ALLAH. Ya ALLAH! jadikanlah kami ini di sisiMU lebih mulia daripada kedudukan kami di sisi manusia," katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.