ALOR SETAR -  Timbalan Pengerusi Umno‎ Kedah, Datuk Ahmad Bashah 
Md Hanipah mengakui pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri 
Najib Tun Razak semalam tidak langsung menyebut tentang nama
 yang dicadangkan menjadi Menteri Besar Kedah baharu.

Malah menurutnya, ia dijalankan dengan tenang dan seolah-olah 
seperti satu 'keluarga', tetapi kesemua mereka serius mahukan
 perubahan demi kebaikan Umno Kedah.

"Kami rasa, sampai masanya perlu ada perubahan, pasal kita tak
 yakin hadapi pilihan raya, lagipun keputusan ini suara 14 ketua 
bahagian (Umno) daripada 15 (Bahagian Umno di Kedah)," 
katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul 
Halim di sini hari ini.

Berhubung khabar angin kononnya beliau akan diangkat menjadi
 Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk 
Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Ahmad Bashah berkata terpulang 
kepada keputusan Najibselaku presiden parti.

"Terpulang kepada presiden parti, itu hak beliau, siapa-siapa pun
 yang jadi Menteri Besar kami akan sokong. Kami yakin dengan
 kebijaksanaan beliau (Najib)," katanya.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila 
Mukhriz menerima tekanan daripada Adundan Ahli Parlimen Umno 
Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai 
Ahmad Bashah, yang secara terbuka menyuarakan hilang 
keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar
 dan Pengerusi Umno Kedah.

Berikutan itu, Mukhriz menegaskan beliau akan kekal sebagai 
Menteri Besar selagi khidmatnya diperlukan oleh rakyat Kedah.    

Krisis itu berterusan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian
 besar kepimpinan Umno Kedah mengadakan pertemuan dengan 
Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 
semalam berhubung desakan mereka supaya Mukhriz berundur.- Bernam
a