Exco percaya Najib nilai permintaan geng anti-Mukhriz
SUNGAI PETANI - Kemelut politik Kedah dijangka selesai secepat mungkin
dengan perubahan dalam kepimpinan negeri iaitu mendapat Menteri Besar
baharu yang lebih pengalaman dan berwibawa.
Exco Pendidikan dan Pengangkutan, Datuk Tajul Urus Mat Zain percaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menimbang permintaan
14 ketua Umno bahagian agar Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
diganti.
Yakin isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin, beliau menyatakan
persetujuan dengan keputusan yang dibuat ketua bahagian terbabit
khususnya berhubung perpaduan parti.
"Saya percaya siapa sahaja yang akan menggantikan Mukhriz adalah calon yang mendapat konsensus dari semua ketua bahagian.
"Sebab itu saya melihat isu utama hari ini ialah soal parti. Jika parti
tidak memberi sokongan, bagaimana hendak mengatur jentera. Dengan
perubahan ini, tokoh itu dapat membuat keputusan dengan baik," katanya
kepada media selepas menyampaikan hamper Tahun Baru Cina di Pekan
Semeling, di sini, hari ini.
Tajul Urus yakin soal pentadbiran kerajaan negeri tidak akan terjejas
kerana siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar sudah pasti akan dibantu
barisan Exco yang berkelayakan dan berpengalaman mengikut bidang
masing-masing.
"Saya harap rakyat Kedah akan menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan.
"Kita akan sama-sama membantu Menteri Besar baharu untuk membangunkan
Kedah sebagai negeri yang aman dan makmur serta mendapat perhatian
sewajarnya dari pusat," katanya.
Ditanya langkah melantik Menteri Besar baharu akan menjejaskan
keputusan PRU akan datang, beliau yang juga Adun Tanjong Dawai berkata,
tidak akan berlaku perubahan besar.
"Saya yakin apa yang dibuat adalah untuk mengukuhkan sokongan dan
keyakinan untuk menghadapi PRU. Kepincangan akan berlaku jika tiada
pembetulan dilakukan walaupun di pertengahan jalan," katanya.
Selaku wakil rakyat dan exco, beliau percaya tindakan itu bukan satu
hukuman kepada Mukhriz tetapi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin
Perdana Menteri memberi kenaikan pangkat kepadanya.
"Kami tidak mahu Mukhriz dilepaskan begitu sahaja. Sebaliknya, saya
yakin Perdana Menteri mempunyai perancangan lebih baik untuk Mukhriz
kerana beliau adalah seorang pemimpin muda yang berpotensi," katanya.
2 orang berkata:
Umno pusat nak dgr suara akar umbi atau suara 14 org pemimpin gila kuasa ni.
nike trainers
cheap nike shoes sale
michael kors outlet
michael kors outlet
nike huarache
adidas nmd r1
salomon shoes
armani exchange outlet
ray ban sunglasses
nike roshe
Post a Comment