Nik Abduh: Pas yakin mampu tawan semula Kedah
KUALA LUMPUR - Kemelut isu pertukaran Menteri Besar Kedah
yang sedang meruncing dilihat dapat menambahkan lagi keyakinan Pas
untuk mengambil alih pimpinan di negeri berkenaan selepas ini.
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz berkata, dengan
suasana politik pada masa ini, Pas dilihat semakin menunjukkan
kematangan dan rakyat dapat melihat bagaimana parti berkenaan berjaya
menangani isu-isu berkaitan politik.
Menurut beliau, krisis yang berlaku di Kedah
merupakan isu dalaman parti dan Pas sememangnya yakin dapat memberi
saingan untuk merampas semula pimpinan di negeri berkenaan dalam Pilihan
Raya Umum 14(PRU14) akan datang.
" Krisis ini secara tak langsung menambahkan lagi keyakinan dan membuka
ruang untuk Pas bagi menawan semula negeri Kedah," katanya ketika
Majlis Hi Tea Rakan Media Dewan Pemuda Pas, hari ini.
Dalam pada itu, Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas
memaklumkan bahawa Pas sememangnya sudah menunjukkan keyakinan yang
tinggi dengan kepimpinan baharu walaupun parti berkenaan dilanda dengan
pelbagai krisis sebelum ini.
Sekiranya Umno Kedah tidak mempunyai sebarang langkah alternatif untuk
menguruskan kepimpinan di negeri berkenaan, Nik Mohammad menggesa supaya
parti itu memberikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan.
"Pas sememangnya dari awal menolak sebarang pertukaran kuasa di tengah jalan.
"Krisis yang berlaku di Kedah pernah terjadi di Selangor dan Perak.
Jadi jika Umno kedah sudah tak punyai alternatif untuk uruskan negeri
berkenaan, mereka hendaklah kembalikan kepada rakyat," katanya.
2 orang berkata:
Insyaallah.
Tawan Terengganu dululah baru berangan nak tawan Kedah..
Negeri Tuang Presideng Pas cuma menang sepenggal jer..sebab tu selalu tuang Parlimen..
Memalukan..menang pun masa zaman reformasi Anwar Ibrahim.
Post a Comment