PKR kata Pas berhak pertahan kerusi mereka
SHAH ALAM – Pas berhak untuk mempertahankan setiap kerusi yang
dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib
Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Namun begitu, Shamsul menegaskan masih terlalu awal bagi setiap pihak
untuk membincangkan pertembungan tiga penjuru memandangkan PRU14 akan
berlangsung menjelang 2018 nanti.
“Pas berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka (Pas).
“Pada saya, terlalu awal untuk simpulkan pertembungan tiga penjuru.
Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas lain turut menyuarakan mengenai isu
pembahagian kerusi, namun itu bukanlah merupakan pendirian rasmi Pas,”
katanya.
Shamsul mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man yang memaklumkan parti berkenaan tidak akan menyerahkan satu
pun kerusi yang ditandinginya kepada parti pembangkang lain dalam PRU
akan datang.
Selain itu, Tuan Ibrahim beranggapan tindakan berkenaan bagi
mempertahankan maruah memandangkan sebelum ini, parti itu berkali-kali
menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti rakan setiap kali
melakukan tahaluf siyasi (kerjasama politik).
Shamsul memaklumkan kenyataan-kenyataan dikeluarkan beberapa pimpinan
Pas sebelum ini berhubung isu tersebut hanyalah cakap-cakap politik yang
tidak sihat.
“Banyak perkara lain yang perlu menjadi fokus antaranya nasib rakyat di
samping memperjuangkan isu-isu besar terutama membabitkan bebanan
ekonomi negara pada masa kini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata,
keengganan Pas untuk tidak memberi sebarang kerusi kepada parti
pembangkang lain pada PRU akan datang tidak memberi kesan kepada Pakatan
Harapan.
Beliau berkata, Amanah sentiasa berpegang kepada prinsip bersama parti
komponen lain seperti diputuskan melalui Majlis Perjanjian Pakatan
Harapan 2015.
“Amanah bersama Pakatan Harapan dan kita (Amanah) tak terikat dengan
apa-apa pandangan Pas. Jadi jika ada apa-apa, ia akan dibincangkan
secara bersama dengan rakan-rakan pakatan lain,” katanya.
3 orang berkata:
Aik kata tak mau ganggu Pas tp dok komen apa pula dgn pendirian yg Pas buat.ni la perangai golongan yg busuk hati.
Pada pru14 nanti, Pas bukan saja patut mempertahankan kerusi2 yang telah disamun oleh penyangak2 Pan, tetapi Pas juga akan bertanding di mana2 kerusi baik yang dipegang oleh Pkr maupun Dap. Pas bukan sebahagian daripada Pakatan Haprak, jadi ia berhak bertanding di mana2 dia suka. Mana tahu, kalau diizinkan Allah dan rakyat Selangor terutama pengundi Malayu memberi sokongan padu, Pas boleh menerajui kerajaan Selangor selepas pru14 nanti.
cheap jordan shoes
ugg outlet uk
mulberry uk
true religion outlet
coach outlet store
mont blanc pens
tory burch sale
rolex watches outlet
louis vuitton handbags outlet
lululemon uk
burberry outlet online
christian louboutin outlet
fitflops clearance
michael kors handbags
tommy hilfiger
oakley sunglasses
chanel outlet store
calvin klein outlet
coach handbags outlet
true religion uk outlet
0125minko
Post a Comment