MUSIM SERANG KELANTAN SUDAH BERMULA, PKR TAK DAPAT ELAKKAN DARI BEKERJASAMA DENGAN AMANAH SEBAB AMANAH ADALAH GENG PKR, PKR MUNGKIN TAK DAPAT ELAK BERSUBAHAT DENGAN AMANAH, SEDANGKAN AMANAH BERMUSUH DENGAN PAS, MEREKA TERPAKSA SERANG PAS, JALAN TERBAIK IALAH PAS TERPAKSA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR, BARU SENANG BUAT KERJA - Pak Karamu
Saya akan bincang belakang tabir dengan Pas'
KUALA LUMPUR - PKR akan mengadakan pertemuan dengan Pas dalam bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di antara mereka.
Setiausaha Agung Pas, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedia maklum
mengenai amaran yang dibuat Pas bahawa akan memutuskan tahaluf siyasi
bersama mereka.
Menurut beliau, PKR akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan
tertinggi parti itu dan biro politik mereka sebelum bertemu dengan Pas.
"Saya baca (kenyataan itu), saya sedia maklum dan akan bncang di
peringkat kepimpinan parti. Apa pendirian PKR? Sebaiknya kita bersatu
menolak Umno dan BN.
"Isu ini (amaran) ini akan dibincangkan oleh pimpinan parti bersama
biro politik kmudian kita akan berbincang belakang takbir denganPas,"
katanya pada sidang media, hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, adalah lebih baik semua parti pembangkang bersatu daripada bertelagah sesama sendiri.
Semalam, Pas Kelantan secara rasmi telah mengeluarkan surat amaran
kepada PKR supaya tidak membuat sebarang hubungan dengan Parti Amanah
Negara (Amanah) di negeri itu.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali berkata Pas tidak teragak-agak untuk memutuskan
kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti itu mengkhianati mereka.
Pada 9 Januari lalu, secara rasminya, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara
meterai perjanjian bersama dalam Pakatan Harapan sekaligus menunjukkan
Pas terkeluar daripada blok pembangkang itu.
1 orang berkata:
PKR terpaksa menjaga kepentingan partinya. Selagi PAS boleh diguna sebagai tongkat, selama itulah ia bermanis muka.
Tunggu PRU14 nanti, jika PH dapat menguasai mana2 negeri tanpa perlu ditampung oleh kerusi PAS, maka ketika itu PKR akan melambai bye bye kpd PAS.
Percayakah PAS dgn politik hari ini berpandukan pengalaman? Rakan kongsi tak pernah jujur. Yg lurus dan ikhlas dianggap bodoh dan akan
dipijak.
Post a Comment