Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR DAN PAS TERUS BERGOLAK ???

Gesa PKR hormati sensitiviti politik di Kelantan
0
Mohd Amar
Mohd Amar
 
KOTA BHARU - Pas Kelantan hari ini menempelak kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat yang disifat tidak menghormati sensitiviti politik Kelantan dalam isu menghadiri program dengan parti Amanah di negeri itu. 
 
Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak pernah menghalang kerjasama antara PKR Pusat dan Amanah, namun menegaskan di peringkat negeri, kedua-dua parti itu telah mempunyai persefahaman bahawa PKR tidak akan menghadiri sebarang majlis anjuran Amanah.

"Kami tak halang PKR Pusat dengan Amanah ini sebab dua-dua ada dalam Pakatan Harapan...itu hak dia (PKR). Tapi kami minta supaya sensitiviti di Kelantan ini diambil kiralah.

"Kami sebenarnya ada persefahaman antara Pas Kelantan dan PKR Kelantan dalam isu ini, sebab itu kami minta supaya persefahaman antara kami dan PKR Kelantan ini dihormati oleh PKR Pusat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul sebelum ini dilaporkan berkata parti itu tidak mempunyai hubungan rasmi dalam bentuk 'hitam putih' dengan Pas, sekali gus membolehkan PKR menghadiri program anjuran mana-mana parti.

Pas Kelantan sebelum ini menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri ini.

Ditanya adakah isu berkenaan akan menyebabkan PKR akan kehilangan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata perkara itu belum diputuskan lagi.

"Setakat ini 'status quo kekal'. PKR bertanding di lima kerusi (pada PRU13) tapi dia menang satu sahaja dan setakat ini belum ada perbincangan kerusi antara Pas dan PKR di Kelantan. Ia bergantung kepada keadaan," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pas kena la hormat sensitiviti di selangor, jangan asyik hentam dap kerana dap rakan pkr dan jangan dilihat mesra umno kerana umno musuh pkr..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.