Kenyataan Media PAS Pusat : Kedudukan Rezab Tabung Haji
- Butiran
- Diterbitkan: 28 Januari 2016
- Ditulis oleh DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KEDUDUKAN REZAB TABUNG HAJI
KEDUDUKAN REZAB TABUNG HAJI
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
mengikuti dengan penuh prihatin Surat Teguran Bank Negara Malaysia (BNM)
kepada Tabung Haji (TH) khususnya terhadap nilai aset TH yang dikatakan
lebih rendah dari liabiliti
2. PAS berpandangan langkah BNM itu
adalah wajar atas kapasitinya sebagai Pengawal Utama Sektor Kewangan
negara, khususnya dalam suasana ekonomi dunia yang lembap dan mencabar
yang mana Malaysia
tidak terkecuali dari menerima akibatnya. Namun sesuatu teguran mahupun
nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi seumpama TH tidak
seharusnya sehingga menimbulkan suasana panik dan menjejaskan keyakinan
yang tidak sepatutnya dari para Pendeposit terhadap TH.
3. PAS amat yakin dengan kemantapan
sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang
bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan
manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para
pendepositnya. TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi
sebagai Institusi Kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksima
berbanding dengan pulangan kepada pendeposit.
4. Sehubungan dengan itu, PAS berpuashati dengan penjelasan oleh YB. Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen pada 27/1/2016) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH.
Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa Bonus Pendeposit bagi
tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.
5. PAS mengharapkan TH akan terus
komited dan melaksanakan amanah para Pendeposit terutama memastikan
hasrat mereka untuk menunaikan fardhu Haji tidak terhalang dengan apa
jua kemungkinan.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung
Bertarikh: 28 Januari, 2016.
2 orang berkata:
kita tunggu apa yang berlaku sebenarnya dan sekiranay perkara pelik berlaku dalam TH maka Pas akan mendapat cemuan dari rakyat kerana terlalu gopoh mempercayai apa yang dikatan menteri Umno.tungguuuuuu
Elok dah la tuu, percaya bulat2 dgn umno. Pergi jahanam laa pas dan umno. Hehehe cepat2 laa bergabung, senang sama2 masuk tong sampah.
Post a Comment