Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEKARANG MEREKA MENGGILA SERANG PAS TERUTAMA KELANTAN

SEKARANG MEREKA MULA BAWA RACUN KE KELANTAN, RAKYAT KELANTAN NI BODOH SANGAT KE ? RAKYAT KELANTAN MAKAN FITNAH KE ?  SEJAUH MANA RAKYAT KELANTAN BOLEH DIRACUNI PEMIKIRAN MEREKA ? JIKA RAKYAT KELANTAN TERMAKAN RACUN LUAR MAKA MEMANG LA RAKYAT KELANTAN SUDAH JADI BODOH DAN BANGANG, TAK BOLEH JADI CONTOH UNTUK ORANG MELAYU. KITA ORANG LUAR KELANTAN SEDANG MEMANTAU KEBODOHAN RAKYAT KELANTAN

ORANG LUAR YANG MENABUR RACUN KAT KELANTAN BIASANYA MEREKA MENGANGKAT NAMA TOK GURU NIK AZIZ, MEREKA JADIKAN NAMA TOK GURU SEBAGAI BONEKA POLITIK YANG SANGAT MURAH, WOI ? RAKYAT KELANTAN SEDAR TAK ??????? DULU PAS BAGI PELUANG JADI WAKIL RAKYAT KAT KELANTAN SEBAB KESIAN PADA ORANG LUAR, BILA MENANG TAK KENANG JASA, LO NI  DEMO NOK KENCING KELANTAN PULAK !  - Pak Karamu


Ahli Pas diminta peka maklumat semasa, tepis fitnah
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
KOTA BHARU – Ahli pas disaran lebih ke depan dalam mengumpul dan mendapatkan maklumat lebih telus untuk dipanjangkan ke semua peringkat, sebagai usaha menepis fitnah yang ditaburkan kepada parti itu. 
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, usaha itu penting apabila Pas ditimpa sedikit musibah selepas muktamar baru-baru ini, di mana sebahagian pemimpin peringkat pusat keluar dari parti dan menubuhkan parti baharu.


“Amat penting dalam penerangan untuk kita sebarkan maklumat yang betul dalam gerak kerja, masyarakat dan seluruhnya. Bila ada kalangan kita bentuk parti baharu semestinya banyak fitnah ditabur dalam masyarakat.


“Fitnah itu disebar supaya parti asal mereka dokong selama ini menerima cabaran dan pelbagai masalah, jadi kerja-kerja kita dalam Pas adalah perjuangkan Islam dan mendaulatkan syariat ALLAH SWT. Perjuangan Pas bukan mudah di mana kita telah menghadapi banyak cabaran sejak dulu lagi,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Liqa Penerangan Pas Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, semalam.


Turut hadir, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan, dan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud.


Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, apabila Pas mendahulukan keredaan ALLAH SWT, ramai yang menuduh parti itu tidak mahu menang dalam pilihan raya.


“Itu tuduhan tidak betul. Kalau kita menang tapi tiada keredaan ALLAH SWT itu bukan perjuangan kita (Pas), kita nak menang bersama keredaan. Insyaallah dengan ada Liqa Penerangan ini akan dapat membantu,” katanya.


Dalam pada itu selepas arahan dikeluarkan Pas Pusat agar ahlinya tidak terlibat dalam program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah), Ahmad mahu semua penyokong di peringkat kawasan dan cawangan akur.


“Jika sebaliknya berlaku, pantau mereka yang cenderung, bekerja dan memberi sokongan kepada Amanah agar mudah untuk dikenalpasti. Pas kena lebih agresif.


“Senang sahaja untuk kenal pasti mereka ini, selalunya mereka adalah yang bermasalah dan tidak istiqamah dengan perjuangan Pas,” katanya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Tok Usin UG Ceroi

TOK BERGADUH DALAM MEETING

Dalam mesyuarat kawasan parti tok petang tadi, tok bergaduh dengan YDP kawasan. Dalam mesyuarat tu, ramai yg kutuk2 Dap...macam2 ayat maki hamun keluar dari mulut2 lebai2 yg hadir mesyuarat tadi. Ada yg terlalu marah sampai pengsan2 dan masuk hantu atau seperti histeria memaki DAP. Waktu tu, tok senyum je tak kata apa2 kerana tok dapat lihat usrah2 parti tok benar2 berkesan selama ini. Cuma, sewaktu YDP kawasan tok dlm ucapan akhirnya dia sebut agar sama2 berdoa supaya DAP dilenyapkan dari dunia ini. Semua pakat Ameen belaka. Kecuali tok.

Tok terus bangun dan membantah doa berkenaan. Apa lagi, kecuh semua dalam mesyuarat. Hampir2 bergaduh tok dengan YDP. Mereka semua tuduh tok membela Dap dan tok ni munafik Haraki serta penjilat tegar Dap. Tok akhirnya capai mikropon untuk jelaskan kenapa tok bantah doa melenyapkan Dap. "Tuan2 Walaun semua, Dengar sini tok cakap dulu. Jgn mudah sangat kamu semua label tok munafik Haraki, barua, broker Dap dan sebagainya. Tok tak setuju kita berdoa agar Allah hapuskan Dap kerana tok tahu, doa dari Ostat YDP kita tu mesti kabul punya.

Bayangkan, kalau doa itu termakbul dan tiba2 Dap ghaib dari dunia ini, apa akan jadi?" Soal tok. Semua bangun dan riuh dlm dewan. Ada yg baling kasut, selipar, terompah dan tasbih kat tok. Tok mengelak. " Tokkk....biarlah Dap musnah...memang itu yg kita mahu sbb Dap tolak Hudud...Hudud....Hudud....paham tak tokkkk!!!" Jerit seorang pakcik yg terlalu marah sampai tertanggal kain pelikatnya menampakkan kerandutnya yg usang sbb tak pakai seluar dalam. " Sabarrrr...dengar dulu. Kamu kata kita tak boleh buat Hudud kerana Dap, bukan?

Haaaa...itulah sebabnya tok minta kita jgn berdoa agar Dap hilang kat negara kita. Bayangkan kalau Dap takde....abis tu, kita nak tuduh siapa sebagai penghalang Hudud? Siapa? Nak tuduh Amno? Bukankah guru kita dah bertunang dgn Amno, takkan tergamak kita nak tuduh Amno penghalang Hudud? Bukankah guru kita telah menjadi Penasihat Amno, takkan guru kita tak nasihat Amno untuk buat Hudud?

Abis tu, nak tuduh siapa lagi kalau bukan Dap? Nak tuduh Anwar? Anwar dlm penjara. Nak tuduh Amanah? Amanah tu semua pimpinannya adalah bekas pimpinan kita juga, mereka byk berkorban dgn parti kita dan mereka berada dlm parti kita sewaktu dasar kita mahu Hudud. Ertinya mereka bukan anti Hudud. Siapa lagi kalau bukan Dap saja yg mudah kita tuduh dan ramai org2 Melayu yg bodoh tu pasti percaya kalau kita tuduh Dap sebagai penghalang.

Sebab itu lah, wajib kita berdoa agar Dap dikekalkan dlm negara kita untuk memudahkan kita menuduhnya sebagai penghalang Hudud. Faham?". Kata tok dgn penuh semangat. Dewan sunyi sepi. Semua terdiam. Tiba2 meluru semua dalam dewan menyerbu ke arah tok dan memeluk tok sambil minta ampun. Ada yg melutut dan sembah kaki tok menyesal menuduh tok barua.

"Alhamdulillah....kita bertuah ada lagi orang bijak macam tok Usin ni dlm jemaah kita..." Kata YDP kawasan sambil disahut Takbit oleh semua. Tok tersengeh puas.

Anonymous said...

Pak karam jgn suka memaki hamun memfitnah org sebab Pak suka jaja nama parti Islam. MB dan TMB Kelantan skrg ni adalah ulamak2 penipu. Hudud tak buat tp tk letak jawatan. Salahkan DAP. kah kah kah

Pak karam kalo suka marah2 mcm Hadi Awang cepat2 amik wuduk. Bersedia utk terima hakikat lps PRU 14 nnt Kelantan bukan hak milik PAS lg. PAS akan hilang semua negeri.

Anonymous said...

Masa pemilihan hari tu, beberapa pemimpin difitnah cukup dahsyat.. tapi "ulamak" diam je.. redho kot..
Dah lebih setengah abad umno bn menang dan memerintah, mungkin dengan redho tuhan kot.. tak payah lawan la..
Tengganu n kedah pas menang sekali je,sebab tuhan tak redho pas pegang lama-lama ke??

Basar said...

Pas menang sekali je kat Terengganu ya ka.

Unknown said...

jets jersey
giants jersey
new balance outlet
ray ban sunglasses
cleveland cavaliers jersey
packers jerseys
basketball shoes
the north face
nike blazer pas cher
michael kors outlet

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.