AWAK MUNGKIN TAK TAHU, AWAK MUNGKIN TAK ADA PERASAAN, AWAK MUNGKIN TAK ADA AGAMA, AWAK MUNGKIN TAK TAHU PANTANG LARANG DALAM PERJUANGAN PAS, DAP LEBIH TERUK DARI UMNO DALAM PENGHINAAN MASALAH AGAMA ITU SEBAB MUSUH NO SATU DAP, ATAU DAP PERLU MOHON MA'AF SECARA TERBUKA -Pak Karamu
Umno adalah musuh sebenar DAP - Pas
SHAH ALAM - Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin menjelaskan, Pas sepatutnya melihat Umno
serta BN sebagai musuh sebenar mereka sekiranya berhajat mengubah
pentadbiran negara dan bukannya melabelkan DAP sebagai seteru baharu.
Beliau berkata, DAP juga sudah menganggap Umno/BN sebagai musuh politik
utama pada PRU14 nanti selain isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
"Matlamat DAP ialah terus berkhidmat kepada rakyat dan bekerja sementara perkara lain cuma ‘cakap-cakap’ sahaja.
“Musuh DAP yang sebenar ialah Umno,
korupsi, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan hak. Musuh kita bukan
sesiapa. Pada saya kita buat kerja dan sambung kerja kita membina sistem
dan berkhidmat untuk masyarakat," katanya.
Bee Yin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai krisis antara
DAP-Pas yang dilihat semakin meruncing dan boleh menggugat
permuafakatan dalam kerajaan negeri.
4 orang berkata:
Nyonya ni faham ka tak akan dasar perjuangan Pas.
Berapa umor dia? Pandai dia bercakap.
Bagi lah contoh apa yg dap teruk buat kat pas? Ini menyalak apa yg umno salak je. Bg contoh, bukti. Dah berhari aku tunggu. Telor.
Pas terbukti sbgai parti yg tikam kawan..bertanding dikawasan yg tlh dipersetujui untuk kawan..undi pecah bn menang..tuduh calon kawan makan pil kuda..pas sebenarnya trojan horse umno.
Post a Comment