Hudud di Kelantan masih menjadi keutamaan Pas
PETALING JAYA - Pemuda Pas menegaskan bahawa pelaksanaan Kanun
Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau hudud di Kelantan masih menjadi
keutamaan Pas, namun masih tidak dapat dilaksanakan lagi kerana adanya
kekangan tertentu.
Ketuanya, Nik Mohamad Abduh berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa
Jawatankuasa Teknikal Hudud sedang berbincang bagaimana hendak membawa
pindaan enakmen itu ke Parlimen.
"Isu ini kita serah kepada pihak kerajaan negeri Kelantan dan pihak
kerajaan pusat... dan Jawatankuasa Teknikal Hudud itu masih ada.
"Saya tidak dapat beri jawapan kerana ia bergantung kepada
jawatankuasa tersebut (perkembangan) yang akan dimaklumkan yang
melibatkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri," katanya ketika sesi HI
Tea Pemuda Pas bersama media di Restoran Puteri, hari ini.
Oleh itu, katanya, Pas berharap agar isu hudud ini diangkat pada sesi parlimen akan datang.
"Harapan kita daripada Pas supaya isu ini diangkat pada sesi parlimen
akan datang tetapi bergantung kepada jawapan ...kita tengok jawapan dari
pada kerajaan negeri yang telah duduk dalam jawatankuasa itu dahulu,"
katanya.
Jawatankuasa Teknikal Hudud dibentuk berperanan mengkaji peruntukan
Perlembagaan Persekutuan dan memberi penerangan kepada semua pihak
termasuk masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaannya.
Sebelum itu, hasrat Pas untuk membentangkan isu ini sehingga ke hari ini tidak kesampaian.
6 orang berkata:
Berapa kali dah jkuasa tu dah bermesyuarat? Najib jadi ahli jk tu tak?
Cam mana jk cadangan tu nak berkesan..... time nak undi kat parlimen bosss ko cabut lari gi jepun. Adehhhhhhhh...
Nanti org umno boleh persoalkan dan reject...sbb apa kelantan yg nak hudud tapi wakil kelantan tak nak hantar sendri bill tu ke parlimen? Ni org kelantan nak buat hudud betul3 ker main2? So apa ko nak jawab soalan umno nih?
Patutnya suruhlah nik abduh bawak. Baru betul! Tapi tu la....ko ni mana nak dengor pendapat org lain. Pdt ko aje betol...
Semua ni wayang jer..nak tipu orang melayu lagi..
Perjuangan PAS slps era nik aziz adalah membesarkan perut dan bawah perut pak2 lebai malang. Mereka inilah pengkhianat Islam sebenar bertopengkan serban dan jubah tapi hati bagai serigala.
Wayang tak wayang tak tau tp apa yg aku nampak ada usaha utk melaksanakan hudud.nak buat mcm mn dah tak blh nak dilaksanakan kagi sbb terikat dgn kerajaan pusat.apapun usaha mesti ada.
Tajuk ni pun dah nampak admin bengong.hudud bkn sbb jenayah byk di kelantan tp hudud adalah undang2 jenayah mengikut ajaran islam.
Dalam benak pemimpin2 Pas skrg cuma nak laksanakan HUDUDUITTTTT..
Pas Parti Penjual Agama..
Post a Comment