Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMANAH KATA ADENAN ANGKOH PEMIKIRAN SEMPIT

Amanah: Telahan terhadap Adenan nyata meleset
Adenan Satem
Adenan Satem

SHAH ALAM - Susulan larangan ke atas presidennya, Mohamad Sabu memasuki Sarawak pada Selasa, Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan andaian terhadap ketua menteri itu nyata meleset.

Setiausaha Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya sebelum ini menyangka Adenan berbeza dengan pemimpin sebelumnya dalam berpolitik, namun nyata tanggapan itu silap.

"Sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Adenan hari ini menyaksikan betapa beliau masih di dalam kerangka pemikiran sempit politik lama, seperti diamalkan bekas Ketua Menteri sebelumnya.

"Apa yang jelas, tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, menunjukkan betapa Ketua Menteri berada dalam ketakutan dan cuba menyekat suara perubahan dan kebangkitan rakyat,"k atanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mat Sabu dihalang masuk Sarawak]

Mohamad pada Selasa tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.30 pagi dalam rangka lawatan dua hari ke negeri Sarawak.

Beliau bagaimanapun ditahan ketika mahu melepasi pemeriksaan Imigresen dan hanya dimaklumkan halangan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata, Parti Amanah mahu mengingatkan Adenan  bahawa Sarawak salah sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

"Tidak sepatutnya hak mana-mana warganegara untuk masuk ke negeri itu dihalang,"katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

tunggu mat sabu dpt putrajaya baru larangan tu dimansuhkan.

XUMNO said...

Kalau tuan rumah tak bagi masuk, ikut sajalah. Tak juga faham ke yang Sarawak punya hak dalam Perjanjuan dulu mengenai immigresen. Aku berpuluh tahun bertugas di Sarawak masih jena usi borang bila sampai Airport Kuching, tak komplin pun.

Anonymous said...

Isi borang x jd masalah. Ini rakyat msia x boleh masuk negeri dlm msia. Org negara luar pun boleh masuk sarawak knp pula presiden amanah x bg masuk. Ini alasan politik bukan alasan apa keselamatan negara. Ko klu bodoh pun jgn tunjuk bodoh sangat.

Anonymous said...

XUMNO...tolong beritahu Ustaz Pakkaramu Magnum co. dan SPORT TOTO nak tumpang kat blognya menyiarkan keputusan no.ekor....takkan ramalan no.gaib bolih keputusan no.ekor tak bolih.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.