Amanah: Telahan terhadap Adenan nyata meleset
SHAH ALAM - Susulan larangan ke atas presidennya, Mohamad Sabu memasuki
Sarawak pada Selasa, Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan andaian
terhadap ketua menteri itu nyata meleset.
Setiausaha Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya sebelum ini
menyangka Adenan berbeza dengan pemimpin sebelumnya dalam berpolitik,
namun nyata tanggapan itu silap.
"Sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Adenan hari ini menyaksikan betapa
beliau masih di dalam kerangka pemikiran sempit politik lama, seperti
diamalkan bekas Ketua Menteri sebelumnya.
"Apa yang jelas, tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri
Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, menunjukkan betapa
Ketua Menteri berada dalam ketakutan dan cuba menyekat suara perubahan
dan kebangkitan rakyat,"k atanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mat Sabu dihalang masuk Sarawak]
Mohamad pada Selasa tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.30 pagi dalam rangka lawatan dua hari ke negeri Sarawak.
Beliau bagaimanapun ditahan ketika mahu melepasi pemeriksaan Imigresen
dan hanya dimaklumkan halangan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri.
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata, Parti Amanah mahu mengingatkan
Adenan bahawa Sarawak salah sebuah negeri di dalam Persekutuan
Malaysia.
"Tidak sepatutnya hak mana-mana warganegara untuk masuk ke negeri itu dihalang,"katanya.
4 orang berkata:
tunggu mat sabu dpt putrajaya baru larangan tu dimansuhkan.
Kalau tuan rumah tak bagi masuk, ikut sajalah. Tak juga faham ke yang Sarawak punya hak dalam Perjanjuan dulu mengenai immigresen. Aku berpuluh tahun bertugas di Sarawak masih jena usi borang bila sampai Airport Kuching, tak komplin pun.
Isi borang x jd masalah. Ini rakyat msia x boleh masuk negeri dlm msia. Org negara luar pun boleh masuk sarawak knp pula presiden amanah x bg masuk. Ini alasan politik bukan alasan apa keselamatan negara. Ko klu bodoh pun jgn tunjuk bodoh sangat.
XUMNO...tolong beritahu Ustaz Pakkaramu Magnum co. dan SPORT TOTO nak tumpang kat blognya menyiarkan keputusan no.ekor....takkan ramalan no.gaib bolih keputusan no.ekor tak bolih.
Post a Comment