Ku Li diperguna Tun M untuk jatuhkan PM
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah didakwa
dipergunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memenuhi cita-cita
politiknya bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan
perdana menteri.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai kenalan
lamanya, beliau menyifatkan Tengku Razaleigh sebagai seorang pemimpin
yang patuh kepada Perlembagaan dan mustahil veteran Umno itu terlibat
mengedarkan akuan bersumpah mengenai undi tidak percaya terhadap Najib.
“Mustahil. Saya juga ahli Parlimen. Saya juga kawan Tengku Razaleigh.
Saya tahu kaedah (pendirian) tengku Razaleigh. Beliau sangat berprinsip.
Ternyata sekarang dia lebih konsisten daripada Tun M.
“Saya tak fikir dia akan buat sesuatu di luar daripada peraturan
(Perlembagaan). Mungkin ada pihak cuba nak guna pengaruh beliau pada
saat tertentu. Yang pasti bukan daripada Tengku Razaleigh,” katanya
kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas penafian Tengku Razaleigh kelmarin bahawa beliau cuba
dikaitkan dengan usaha untuk menjatuhkan kepimpinan Najib menerusi akuan
bersumpah bagi mendapatkan tandatangan sokongan ahli Parlimen BN kepada
undi tidak percaya dari dalam parti.
Sebelum itu, Mahathir pada Sabtu lepas mendakwa, beliau dikhianati
Tengku Razaleigh sebaik saja mendapat tahu rakan politiknya itu
berpaling tadah, dengan menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyokong
kepimpinan Najib.
Mengulas lanjut, Annuar juga menafikan Tengku Razaleigh mengedarkan
akaun bersumpah tersebut kerana perkara itu tidak pernah berlaku dalam
kalangan ahli Parlimen BN.
“Tak pernah (edar akaun bersumpah). Kalau ada, sudah tentu dia akan
berbisik kepada saya. Baru sekarang kita dengar cerita ini,” jelasnya.
Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno turut menyindir Mahathir yang
lebih mengetahui perkembangan dalam Umno berbanding ahlinya sendiri.
“Nampaknya yang lebih tahu orang yang bukan ahli Umno. Mungkin ada
usaha daripada pihak tertentu dan mungkin mereka lihat Tengku Razaleigh
ini orang yang tak banyak bersuara dan diam. Sebab itu mereka cuba nak
mempergunakan beliau,” tegasnya.
Annuar turut menegaskan Mahathir tidak perlu berasa gusar dan kecewa
apabila melihat rakan politiknya mula meninggalkan beliau dengan
menunjukkan komitmen untuk bersama kepimpinan Najib.
“Tengku Razaleigh kata dokumen itu tiada kesan perundangan. Kenapa bila
Tengku Razaleigh tandatangan (menyokong) kerajaan dan perdana menteri,
ada yang keluh-kesah,” katanya lagi.
4 orang berkata:
Ular lwn dgn ular.ular mader disokong ular phaprak.ulamak yg tak masuk campurpun dikutuk sama.utk selamatkan negara ke huru hara kan negara.rakyat yg bijak sila buka pemikiran anda.puak mader nak mengulingkan puak najib n koncunya utk menaikkan semula puaknya yg bernama umno itu.phaprak buat apa sekarang.sokong puak umno mader pula.dok pusing pening situ la korang.pas buat bertenang sj.tak perlumenangukpun diair keruh tunggu air jernih semula kita senang tangkap ikan.kepala najib kepala mader dua dua kepala taik.sekarang diikut oleh segala taik yg ada.kita tak perlu bercampor dgn taik.bhsa akupun dah jd lebih teruk dr bahasa tuan bloq tak kisahlah sbb bahasa gitu yg lebih senang nak dipaham org
Ya... saya setuju
Ya... saya setuju
Kapal kapal yg nak karam telah bergabung satu nak karam dilangar kapal cash is king najib satu lg nak karam dilangar org melayu yg tak suka parti rasis cina n anti islam.jaga jaga kapal kapal lain yg sebuk mengekor mungkin akan karam dulu kerana terhimpit.kapal pkr mungkin masih selamat krn masih berpegang pd kapal pas.semoga semua kapal kapal yg menyusahkan rakyat itu akan tengelam.
Post a Comment