Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR MUSA BUKA TEMBELANG MAHADHIR

Ku Li diperguna Tun M untuk jatuhkan PM
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah didakwa dipergunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memenuhi cita-cita politiknya bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan perdana menteri.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai kenalan lamanya, beliau menyifatkan Tengku Razaleigh sebagai seorang pemimpin yang patuh kepada Perlembagaan dan mustahil veteran Umno itu terlibat mengedarkan akuan bersumpah mengenai undi tidak percaya terhadap Najib.

“Mustahil. Saya juga ahli Parlimen. Saya juga kawan Tengku Razaleigh. Saya tahu kaedah (pendirian) tengku Razaleigh. Beliau sangat berprinsip. Ternyata sekarang dia lebih konsisten daripada Tun M.

“Saya tak fikir dia akan buat sesuatu di luar daripada peraturan (Perlembagaan). Mungkin ada pihak cuba nak guna pengaruh beliau pada saat tertentu. Yang pasti bukan daripada Tengku Razaleigh,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas penafian Tengku Razaleigh kelmarin bahawa beliau cuba dikaitkan dengan usaha untuk menjatuhkan kepimpinan Najib menerusi akuan bersumpah bagi mendapatkan tandatangan sokongan ahli Parlimen BN kepada undi tidak percaya dari dalam parti.

Sebelum itu, Mahathir pada Sabtu lepas mendakwa, beliau dikhianati Tengku Razaleigh sebaik saja mendapat tahu rakan politiknya itu berpaling tadah, dengan menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyokong kepimpinan Najib.

Mengulas lanjut, Annuar juga menafikan Tengku Razaleigh mengedarkan akaun bersumpah tersebut kerana perkara itu tidak pernah berlaku dalam kalangan ahli Parlimen BN.

“Tak pernah (edar akaun bersumpah). Kalau ada, sudah tentu dia akan berbisik kepada saya. Baru sekarang kita dengar cerita ini,” jelasnya.

Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno turut menyindir Mahathir yang lebih mengetahui perkembangan dalam Umno berbanding ahlinya sendiri.

“Nampaknya yang lebih tahu orang yang bukan ahli Umno. Mungkin ada usaha daripada pihak tertentu dan mungkin mereka lihat Tengku Razaleigh ini orang yang tak banyak bersuara dan diam. Sebab itu mereka cuba nak mempergunakan beliau,” tegasnya.

Annuar turut menegaskan Mahathir tidak perlu berasa gusar dan kecewa apabila melihat rakan politiknya mula meninggalkan beliau dengan menunjukkan komitmen untuk bersama kepimpinan Najib.

“Tengku Razaleigh kata dokumen itu tiada kesan perundangan. Kenapa bila Tengku Razaleigh tandatangan (menyokong) kerajaan dan perdana menteri, ada yang keluh-kesah,” katanya lagi.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Ular lwn dgn ular.ular mader disokong ular phaprak.ulamak yg tak masuk campurpun dikutuk sama.utk selamatkan negara ke huru hara kan negara.rakyat yg bijak sila buka pemikiran anda.puak mader nak mengulingkan puak najib n koncunya utk menaikkan semula puaknya yg bernama umno itu.phaprak buat apa sekarang.sokong puak umno mader pula.dok pusing pening situ la korang.pas buat bertenang sj.tak perlumenangukpun diair keruh tunggu air jernih semula kita senang tangkap ikan.kepala najib kepala mader dua dua kepala taik.sekarang diikut oleh segala taik yg ada.kita tak perlu bercampor dgn taik.bhsa akupun dah jd lebih teruk dr bahasa tuan bloq tak kisahlah sbb bahasa gitu yg lebih senang nak dipaham org

Myshah said...

Ya... saya setuju

Unknown said...

Ya... saya setuju

Anonymous said...

Kapal kapal yg nak karam telah bergabung satu nak karam dilangar kapal cash is king najib satu lg nak karam dilangar org melayu yg tak suka parti rasis cina n anti islam.jaga jaga kapal kapal lain yg sebuk mengekor mungkin akan karam dulu kerana terhimpit.kapal pkr mungkin masih selamat krn masih berpegang pd kapal pas.semoga semua kapal kapal yg menyusahkan rakyat itu akan tengelam.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.