Hudud: Pas perjelas salah faham kenyataan Ikatan
SHAH ALAM - Pas mendakwa terdapat kekeliruan dan salah faham dalam
laporan media berhubung kenyataan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia
(Ikatan) ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga,
semalam.
Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat, Syaiful Hizam
berkata, dalam konteks sebenar kenyataan Presiden Ikatan itu adalah
sebagai seorang Muslim kita tidak dapat lari daripada menerima hudud
kerana ia terpakai ke atas setiap individu Muslim.
Namun untuk melaksanakannya terserah kepada rakyat dan sistem demokrasi negara iaitu pilihan raya.
“Dalam kenyataan beliau juga menyebut berdasarkan keutamaan terkini
ialah isu salah guna kuasa, rasuah, ekonomi, bahasa kebangsaan,
pekebun-pekebun kecil dan pelbagai isu yang melanda negara.
“Tidak sesekali ada kenyataan daripada beliau yang menyebut beliau atau Ikatan menolak hudud,” katanya dalam satu kenyataan.
Tajuk video ‘Pas, Ikatan Setuju Tangguh Hudud’ yang dimuat naik sebuah
portal berita menjadi tumpuan netizen terutama di media sosial.
Video itu menunjukkan kenyataan pemimpin Pas dan Ikatan tentang hudud
yang dirakam ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik
ketiga itu.
Melalui video itu, Presiden Ikatan menyebut bahawa sebagai orang Islam
kita perlu menerima hukum hudud namun dalam Islam, ada keadaan-keadaan
tertentu di mana lebih elok jika ia ditangguhkan maka ia perlu
ditangguhkan seketika kerana pada akhirnya nanti rakyat yang akan
menentukan pelaksanaan tersebut.
Dalam pada itu, Syaiful menasihatkan agar orang ramai menyemak maklumat
secara tepat serta daripada sumber berita yang benar dan rasmi.
“Segala kenyataan yang lain daripada kenyataan di atas adalah salah
serta lari daripada konteks kenyataan asal serta menimbulkan salah faham
dan keresahan di kalangan rakyat,” katanya.
Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media
tersebut ketika ditanya tentang agenda hudud Pas berkata, pihaknya
menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong untuk memperkasakan mahkamah
syariah.
“Sebab itu kita sokong cadangan kerajaan untuk menaik taraf mahkamah
syariah. Ini yang perlu diutamakan. Adapun undang-undang (nanti),
selepas itu,” katanya.
12 orang berkata:
PASETAN.
PASIK
HABISTU. KEnapa dulu sebok2 nak bentang d parlimen .melalak kata orang lain tolak hudud..siap maki hamun lg
Heran aku dgn anjing2 dapig ni meroyan xtentu pasai...aku simpati dgn anon 3:55 harap2 mati dlm ISLAM
Memang dasar parti angkut sampah yang dah sebati bercakap perkara yang terumbang ambing, adi bawang cakap ini dan pemimpin2 pas yang lain cakap itu, munafikkkkk
Kalau tK faham jgn komen.ni org kata lain depa tafsir lain.bengong sungguh.
Hadi Awang presideng parti Islam pun boleh jatuh kafir krn mempermainkan hukum hudud Allah demi kepentingan puak2 sesat dia. Termasuk walaun tolol 5:11am yg bersekongkol. Harap2 ko pun mati dlm ISLAM.
Hadi dan ularmak2 hamPAS pun tk boleh nak tlg sbb mrk semua manusia biasa yg buat dosa. Korang pengkhianat Islam sebenar. Memalukan agama dan org Melayu.
Kalau nak berpolitik kotor jgn jual nama Islam. Allah marah.
Amanat Hadi kena balik pada orang yg menuturkannya. Ibarat meludah ke langit terkena muka walaun2 tolol.
Walaun2 bersekongkol dgn presiden Pas mempermainkan hukum hudud Allah. Bertaubatlah korang semua..
UG??
Sejak dulu ahli2 PAS mmg faham matlamat perjuangan akhir PAS dlm isu perkasakan syariah sediada adalah hudud.. mereka juga paham yg nak dibawa ke parlimen kebelakangan ini ialah utk memperkasakan syariah sediada.. perlahan-lahan dan satu persatu proses yg perlu diambil dan ini juga difahami oleh ahli2 PAS.. cuma PAN shj yg kurang memahami lantaran terlalu marah pd TGHH.. jd yg keliru di sini ialah PAN bukan PAS.. dan pastinya parti yg bukan sefikrah dgn PAS akan gagal memahami..
Kini PAN dah mula kepanasan dgn blok ke 3.. dah boleh mula goreng telur ni..
Pas dan parti sosialis Ikatan bersetuju hudud tak sesuai utk Msia. Pas dah jd kuda tunggangan Ikatan. kah kah kah
Post a Comment