Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAJLIS PEGUAN TAK TAHU UNDANG-UNDANG ?

Majlis Peguam tiada hak buat semakan kehakiman
Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam tiada hak untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Kanan, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, semakan kehakiman itu perlu dilakukan tertuduh dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membenarkan pendakwaan awam dilakukan.

"Kerana itulah yang mengganggu budi bicara walaupun oleh Perlembagaan. Ia beza dari England, kita mempunyai Perlembagaan bertulis.

"Mereka mahu menyingkirkan Peguam Negara berdasarkan keputusan itu. Jika keputusan itu tidak dibuktikan salah, barulah Peguam Negara boleh disingkirkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Peguam pada Isnin yang memfailkan semakan kehakiman kes Perdana Menteri itu mahu keputusan Peguam Negara yang 'membersihkan' Najib daripada sebarang pertuduhan pada 26 Januari lalu diketepikan.

Keputusan memfailkan permohonan itu dibuat berdasarkan pendapat bahawa kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara Peguam Negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas.

Pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

Mengulas lanjut, Majlis Peguam tidak mempunyai fakta penuh mengenai pendakwaan itu susulan maklumat pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya disalurkan kepada Peguam Negara sahaja.

"Jika mereka tidak mempunyai fakta penuh, bagaimana mereka akan memujuk mahkamah menyemak semula keputusan Peguam Negara? Ia hanya mustahil.

"Mahkamah boleh mengatakan apa sahaja permohonan yang mereka mahu, mangsa mesti memulakan, di mahkamah mestilah mangsa. Majlis Peguam bukan mangsa, jadi mereka tiada locus standi," jelasnya.

Shafee berkata lagi, Majlis Peguam kini dilihat cenderung kepada politik tertentu dan ia bercanggah dengan etika badan profesional itu kerana tidak bebas.

"Majlis Peguam hari ini seperti sebuah parti pembangkang. Kami tidak peduli jika mereka menyokong kerajaan atau pembangkang. Mereka perlulah tidak berpihak kepada mana-mana pihak," katanya lagi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.