Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAJLIS RAJA-RAJA MESTI LA LULUS SBB AGAMA MASLIS RAJA YANG PEGANG


Hudud: Pas tunggu perkenan Majlis Raja-Raja
Hudud
 
KOTA BHARU - Pas masih menunggu perkenan daripada Majlis Raja-Raja sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. 
 
Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan Persekutuan berhubung pindaan terhadap akta itu masih belum menerima persetujuan daripada Sultan-sultan di beberapa negeri.

"Secara umumnya segala pindaan yang dibuat yang melibatkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam ini kena dapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

"Jadi sekarang ini beberapa (Sultan) negeri belum memberi perkenan pada usaha ini menyebabkan ia tertangguh dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Amar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat Kaunselor Kedutaan Arab Saudi Abdul Rahman al-Harfi.

Mac tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.