Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR ADA ATAU TIDAK DALAM UMNO, UMNO TETAP SEKULAR

 
 Tun M keluar parti tidak jejaskan Umno
Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan
 
PUTRAJAYA - Tindakan bekas Perdana Menteri dan Presiden‎ Umno Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti itu tidak menjejaskan Umno, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.  
 
"Tidak. Tiap-tiap bulan ada peningkatan keanggotaan dalam Umno," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada tindakan keluar parti Dr Mahathir akan memberi kesan atau menjejaskan Umno.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian selepas sesi perjumpaannya bersama 12 Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Menara Seri Wilayah di sini, hari ini.

Menurutnya beliau belum menerima surat pemakluman keluar parti daripada Dr Mahathir, yang mengumumkan berbuat demikian semalam. 

Dr Mahathir, 90, mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno selepas pernah berbuat demikian pada 19 Mei 2008 ketika kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas mengenai sesi perjumpaan itu, Tengku Adnan berkata, satu‎ bengkel khusus melibatkan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan diadakan bagi membincangkan masalah perumahan di Kuala Lumpur.

Selain itu, isu lumba motosikal secara haram di ibu kota turut dibincangkan pada sesi perjumpaan lebih dua jam itu.

"Saya hendak selesaikan masalah ini daripada akar umbi dan satu caranya ialah memberi mereka ruang lakukan apa mereka minat. Kita tahu ada sindiket tertentu memperalatkan 'mat motor' dan menggunakan mereka melalui perjudian dan pertaruhan  haram," katanya.

Sebelum ini, Tengku Adnan mencadangkan supaya litar perlumbaan motosikal disediakan di kawasan tertentu di ibu negara untuk  anak muda yang minat berlumba.

Mengikut cadangan itu, jalan terbabit akan ditutup kepada laluan kereta selama beberapa jam bagi memberi pilihan kepada anak muda melakukan aktiviti perlumbaan secara sah berbanding secara haram seperti sekarang. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.