Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

undang-undang berkecamuk atau tak faham atau sengaja buat tak faham atau sengaja nak buli


'Wan Azizah akan hantar surat rayuan'
'Wan Azizah akan hantar surat rayuan'

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali walaupun ia ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Beliau berkata, walaupun Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicara untuk memula, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding, namun ia tidak muktamad.

"Walaupun kuasa itu diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perlembagaan, namun kegunaan kuasa itu boleh dipertikaikan.

"Usul saya tidak harus dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas surat penolakan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara oleh Pandikar Amin pada Rabu yang difailkan Wan Azizah pada 25 Februari lepas.

Pandikar Amin berkata, usul Wan Azizah bertentangan dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan apabila mempertikaikan tindakan atau keputusan Peguam Negara.

"Ia tidak wajar dibincangkan dalam Mesyuarat Mesyuarat memandangkan usul yang boleh menjurus kepada apa-apa isu berkaitan dengan kedudukan Peguam Negara tidak boleh dipertimbangkan dan dipersetujui oleh Dewan Rakyat walau apa pun hasil perbahasan usul tersebut.

"Pelantikan Peguam Negara hanya dibuat oleh Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 145 Perlembagaan. Ini bermaksud Majlis (Dewan Rakyat) tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kedudukan jawatan Peguam Negara," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata alasan Pandikar Amin itu tidak tepat dan telah disalahtafsirkan walhal beliau hanya mengkritik beberapa keputusan Peguam Negara yang menimbulkan kontroversi.

Antaranya pembubaran pasukan petugas khas peringkat tertinggi 1MDB, menutup siasatan Bank Negara Malaysia, dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup siasatan terhadap kes derma RM2.6 bilion.

Presiden PKR itu juga berkata, usul beliau tidak meminta Dewan Rakyat membuat keputusan untuk memecat Peguam Negara sedia ada.

"Amat jelas pelantikan Peguam Negara oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Apabila Tan Sri Ghani Patail dipecat tahun lepas dan digantikan oleh Apandi, ini semua dilakukan atas arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri.

"Pada hemat saya, semuanya merupakan satu keadaan kepentingan yang bercanggah bagi beliau sebab Perdana Menteri sendiri adalah orang yang disiasat," ujarnya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan menghantar surat rayuan kepada Pandikar Amin untuk mempertimbangkan semula usul beliau dalam masa terdekat.

"Dengan ini saya menyeru agar Yang Dipertua Dewan Rakyat meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam usaha penambahbaikan Parlimen," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.