SEBAIKNYA PKR DOK DIAM DAHULU, MEREKA TAK PERLU TAKUT SELAGI IKATAN TAHALUF MASIH DIHORMATI, JIKA WAN AZIZAH BERKATA DIA AKAN TUNGGU DAN LIHAT MAKA ITU KEPUTUSAN TERBAIK - Pak Karamu
PKR pertimbang kerjasama Pas-Ikatan
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat tidak membidas sikap dwi-standard Pas
terhadap sekutu baharunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk
menangguhkan sementara pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun
berkata, terpulang kepada Pas untuk membuat pendirian berbeza berbanding
ketika bersama PR sebelum ini.
"Itu hak dia, nak kata macam tu..(menangguhkan hudud)," katanya kepada
pemberita dalam sidang media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Ikatan pada Selasa bahawa isu hudud
tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan Pas-Ikatan dalam
membentuk blok pembangkang ketiga itu.
Katanya, walaupun bergabung dengan Pas, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
Wan Azizah juga berkata, PKR tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan
kerjasama politik dengan blok pembangkang ketiga itu jika hala tuju
baharu itu dipersetujui bersama.
"Kita sama-sama hendak menentang kezaliman yang berlaku dalam kerajaan
sekarang, jadi apa yang kita buat sekarang adalah untuk negara dan untuk
rakyat.
"Kalau mereka ada kesamaan, boleh bekerjasama tetapi format itu saya kira perlu bincang bersama," ujarnya.
Ditanya tentang pembentukan blok pembangkang ketiga itu cuba menggugat
Pakatan Harapan, Wan Azizah bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu
perkembangan semasa.
"Tunggu dan lihat," katanya lagi dengan ringkas.
5 orang berkata:
Pakkaramu....bolih tak siar keputusan no.ekor. ...kalau ramalan no togel bolih siar takkan no.2 yg menang tak bolih siarkan.....
Wan azizah ni memang tak ada idea balik2 tengok dulu tengok keadaan sangat blur. Berhenti sajalah dok rumah main ngan cucu
Wan azizah ni memang tak ada idea balik2 tengok dulu tengok keadaan sangat blur. Berhenti sajalah dok rumah main ngan cucu
Lebih baik Anon 10:41 senyap dari komen..sbb komen kamu tu mcm bdk banggang
Nak tanya blog ni ade tak mengiklan angka ritual gaib...lebih kurang mcm ramalam no. ekor..ko buta ke...komen bawah ni ape...
Post a Comment