Katanya, perkara ini perlu dilakukan memandangkan masalah kepimpinan serta skandal yang terus melanda negara tanpa henti, jadi selaku Ketua Pembangkang, beliau merasakan bahawa perlunya satu konsensus dilakukan untuk mereformasikan institusi-institusi di negara ini.

"Saya amat mengalu-alukan malah menggesa semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau fahaman politik untuk bersama di dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

"Saudara Anwar (Datuk Seri) sebelum ini ada menyebut bahawa kita bukan sahaja mahu orang yang sekarang memegang jawatan Perdana Menteri ditukar, tetapi sistem yang bobrok dan penuh korupsi perlu direformasi dan diperbetul. Maka semangat inilah yang perlu kita jiwai," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya pertemuan itu adalah untuk membincangkan program asas yang dapat dijadikan panduan bersama di dalam konsensus atau muafakat nasional tersebut.

"Semoga kita diberi iltizam, kekuatan dan keberanian untuk menyahut cabaran ini.

Ayuh, kita selamatkan Malaysia!," katanya.