Mengapa projek cepat lulus ketika pilihan raya?
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
melahirkan kebimbangan ke atas tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak yang memberi kelulusan segera tiga projek di Kampung
Long Laput, Telang Usan di Sarawak.
Menerusi kenyataan hari ini, beliau mempersoal sama ada projek yang
diluluskan sudah melalui fasa penelitian dan penilaian oleh pihak
kerajaan.
“Melihat cara Najib mengumumkan kelulusan projek-projek di Sarawak
sempena PRN, rakyat tertanya-tanya apakah nasib negara jika Menteri
Kewangan terus bersikap sedemikian.
“Memberi kelulusan memang mudah, seolah-olah tak perlu fikir panjang.
Apakah penelitian sudah dibuat? Apakah semakan bajet telah dilakukan?
Jika betul kewangan kerajaan sebegitu sihat, mengapa kerajaan perlu
bersusah-payah nak berjimat seperti penjimatan RM240 juta dengan
menganiaya pelajar cemerlang yang terbatal biasiswanya untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan belanja RM5b bina jalan di Sarawak]
Katanya lagi, setiap kali pilihan raya berlangsung, kerajaan telah
meluluskan serta-merta banyak projek tanpa melihat bajet dan kesannya.
“Dan setiap kali juga, ada yang tertipu dengan taktik sebegini. Hatta
bagi rakyat biasa, mereka terpaksa memikir soal bajet, dalam perkara
seharian seperti melihat kos, membuat tawar-menawar barulah keputusan
dibuat sebelum membeli sayur, ikan, daging dan buah,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment