Chong Wei ke pentas separuh akhir
PEMAIN harapan negara, Datuk Lee Chong Wei menepati
ramalan selepas menang mudah ke atas pemain Taiwan, Chou Tien Chen,
21-9, 21-15, dalam aksi suku akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio
2016 malam ini.
Chong Wei tidak menghadapi sebarang tekanan dalam perlawanan itu dan hanya mengambil masa 42 minit untuk menewaskan Tien Chen.
Dengan kemenangan ini, Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan separuh
akhir dan dijadualkan menentang sama ada pesaing terdekatnya dari China,
Lin Dan atau pemain perseorangan India, Srikanth Kidambi yang bakal
bertemu sebentar lagi.
Menerusi perlawanan terakhir Kumpulan A sebelum ini, Chong Wei berjaya
menduduki carta teratas dan mendapat bye pada pusingan pertama (16
pemain) lantas melayakkannya melangkah ke pusingan suku akhir.
Dalam pada itu, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Yiu
Ling turut dijadualkan akan turun menentang pasangan nombor tiga dunia,
Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam penentuan pingat
emas pada jam 10.50 malam ini.
Peng Soon-Liu Ying dalam misi membalas dendam selepas ditewaskan
pasangan Indonesia itu dengan mata 21-15, 21-11 dalam aksi Kumpulan C,
Sabtu lepas.
0 orang berkata:
Post a Comment