Selangkah ke semi final, doakan Chong Wei
PEMAIN badminton harapan negara, Datuk Lee Chong Wei
bakal bertemu dengan pemain perseorangan dari Taiwan, Chou Tien Chen
dalam aksi peringkat suku akhir temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang
dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam ini.
Dalam perlawanan terakhir Kumpulan A sebelum ini, beliau berjaya
menduduki carta teratas dan mendapat bye pada pusingan pertama (16
pemain) lantas melayakkannya melangkah ke pusingan suku akhir.
Sekiranya berjaya memenangi pusingan suku akhir ini, pemenang pingat
perak di Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012 itu dijadualkan
bakal bertemu dengan seterunya dari China, Lin Dan di peringkat separuh
akhir Jumaat ini.
Selain Chong Wei, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh
Yiu Ling turut dijadualkan akan turun menentang pasangan nombor tiga
dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam penentuan
pingat emas pada jam 11.30 malam hari ini.
Peng Soon-Liu Ying dalam misi untuk membalas dendam selepas mereka
ditewaskan pasangan Indonesia itu dengan mata 21-15, 21-11 dalam aksi
Kumpulan C, Sabtu lepas.
Peng Soon- Liu Ling berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas
menewaskan pasangan China, Chen Xu-Ma Jin 21-12, 21-19 di peringkat
separuh akhir.
Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut
mencipta kejutan apabila berjaya melangkah ke pusingan akhir bagi
merebut pingat emas selepas menundukkan pasangan daripada China, Chai
Biao dan Hong Wei menerusi perlawanan tiga set, 21-18, 12-21 dan 21-17.
Dengan kemenangan itu, V Shem-Wee Kiong dijadualkan bertemu pasangan
daripada China, Zhang Nan dan Fu Haifeng dalam perlawanan akhir pada
Jumaat ini.
Dalam pada itu, nasib malang menimpa atlet badminton perseorangan
negara, Tee Jing Yi apabila terpaksa menamatkan cabaran di temasya
Olimpik Rio selepas tumpas kepada pemain Jepun, Akane Yamaguichi 21-18,
21-5 dalam perlawanan Kumpulan K.
0 orang berkata:
Post a Comment