MB kesal, mahu dakwaan Azizulhasni disiasat
MENTERI Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyiasat segera dakwaan atlet
berbasikal, Azizulhasni Awang yang melahirkan kekesalan terhadap
Kerajaan Terengganu kerana dikatakan mengabaikan kebajikan beliau.
Menurut Ahmad Razif lagi, perkara yang dibangkitkan atlet kelahiran Dungun itu tidak pernah sampai ke pengetahuan beliau.
"Setakat ini, saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini (dakwaan Azizulhasni) dan kena tunggu hasil siasatan terlebih dahulu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Azizulhasni luah rasa kecewa di Facebook]
"Jika betul dengan apa yang didakwa ini kita amat kesal dengan perkara yang terlepas pandang ini.
"Malah, ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Terengganu sentiasa
memandang serius dalam bidang sukan dan akan memastikan kebajikan mereka
dijaga dengan sebaiknya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis
Ramah Mesra Bersama Bakal Haji Parlimen Kuala Nerus di Pejabat
Penyelaras Dun Seberang Takir, di sini, hari ini.
Menjawab mengenai status yang dimuat naik dalam laman sosial milik
peribadi jaguh lumba basikal negara itu lagi, Ahmad Razif menjelaskan
bahawa MSNT perlu melakukan siasatan segera bagi mengetahui perkara
sebenar.
0 orang berkata:
Post a Comment