Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ooo nate demo nih !


Rasuah: Pengurus TNB Kelantan direman
Rasuah: Pengurus TNB Kelantan direman
Suspek (tengah) ketika diiring di mahkamah hari ini. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Seorang pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan di Kelantan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Ahmad 'Adha 'Amir Yaseer Amri.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek berusia 47 tahun tiba jam 9 pagi di mahkamah majistret, di sini, dengan memakai t-shirt biru dan menutup kepala dengan tuala.

Semalam, suspek ditahan di pejabatnya pada jam 2.30 petang menerusi operasi serentak dijalankan SPRM.

Operasi turut dijalankan di Melaka dan Putrajaya menahan dua suspek lain yang juga penjawat awam dengan seorang daripadanya bergelar Datuk dan Datuk Sri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.