Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN BANYAK MERAPU, BEKERJA UNTUK MENANG


Pas tak benar parti selain PKR bertanding
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Pas tidak membenarkan parti selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata, jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada Pas dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

"Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain Pas dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang). 

(Jadi) jangan kacaulah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas, bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Ditanya mengenai ancaman Amanah di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada Pas terutama di Kelantan.

"Kami setakat ini boleh tidur lena lagi," katanya. – Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kenapa ustaz ni lebih sibuk dengan riak dan sombong dari bekerja untuk rakyat?

Anonymous said...

Pas Ikatan Gagasan Sejahtera dengan singkatan nama P.I.G.S.

Demi kesejahteraan ummah serta imej Islam yang syumul, mohon pemimpin Ulama dunia Hadi Awang saman Sarawak Report.Mengharapkan tindakan yang hakiki, bukan hanya dengan ungkapan yang tidak pasti..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.