Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENING DIATAS KERTAS


Bersatu jadi pilihan popular pembaca
Bersatu jadi pilihan popular pembaca
Bersatu

SHAH ALAM - Parti Bersatu menjadi pilihan popular dalam kalangan pembaca Sinar Harian selepas 24 jam bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kelmarin untuk penyerahan borang pendaftaran parti itu.

Menerusi bancian bertajuk 'Parti Mana Mampu Pikat Sokongan Anda menjelang PRU14?' yang diadakan Sinar Harian kelmarin menerusi portal www.sinarharian.com.my selama sehari, parti baharu itu berjaya mendapat undian tertinggi.

Sehingga jam 4 petang semalam, Bersatu meraih 36 peratus undian atau mewakili 1,356 undi mengatasi parti-parti lain.

Pas berada di kedudukan kedua dengan 28 peratus atau 1,072 undi dan diekori rapat oleh Pakatan Harapan dengan 27 peratus atau 1,030 undi.

Manakala, BN mendapat undi paling sedikit iaitu sembilan peratus atau 342 undi.
Jumlah keseluruhan undian bancian tersebut adalah 3,800.

Bancian sekadar melihat trend kecenderungan pembaca dalam menganalisis, berinteraksi dan melibatkan diri dalam menilai perkembangan semasa dunia politik tanah air.  

Bersatu dilapor akan dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad, manakala Muhyiddin dinamakan sebagai presiden.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal menjawat jawatan timbalan presiden.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.