Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEDAH LAPOR POLIS SARAWAK REPORT

Sarawak Report: Pemuda Pas Kedah buat laporan polis
Mohd Azam Abd Samat
Mohd Azam Abd Samat

ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah hari ini membuat laporan‎ polis terhadap laporan portal berita Sarawak Report yang didakwa memfitnah pemimpin tertinggi parti itu menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Azam Abd Samat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi yang turut hadir‎ di perkarangan IPD itu ketika ditemui pemberita berkata dakwaan itu lebih‎ bersifat andaian dan tidak mempunyai bukti.

Beliau berkata pihaknya menyokong tindakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan‎ Ibrahim Tuan Man untuk mengemukakan saman ke atas Sarawak Report kerana ia melibatkan integriti dan maruah parti. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.