Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKAN PAS KELANTAN SAHAJA TAPI SELURUH NEGARA


Kes RM90 juta adalah fitnah, sengaja direka



Kes RM90 juta adalah fitnah, sengaja direka



KOTA  BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat laporan polis di sini pagi tadi berhubung berita palsu yang dikeluarkan melalui portal Sarawak Report berkaitan tuduhan bahawa Perdana Menteri memberikan RM90 juta kepada parti terbabit.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, berita itu sememangnya tuduhan fitnah semata-mata dan berniat ingin menjatuhkan Pas.


“Oleh itu kami jawatankuasa pemuda negeri amat mengharapkan perkara ini disiasat kerana ia merupakan tuduhan yang melulu.


“Kami yakin portal berita ini yang berpangkalan di United Kingdom disebarkan oleh dalang yang sengaja mereka cerita,” katanya kepada pemberita di sini, pagi tadi.


Ahmad Fadhli berkata, justeru perkara itu perlu disiasat segera memandangkan ia menyebabkan nama dan reputasi parti terjejas.


“Ini juga bukan sahaja menyebabkan hubungan di antara parti pembangkang dingin dan ketengangan akan wujud antara satu sama lain.


Terdahulu, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown memberitahu laporan portal itu yang menyebutkan Perdana Menteri menawarkan RM90 juta kepada Pas dibuat berdasarkan kecurigaan yang meluas.


Namun Clare menegaskan, pihaknya melaporkan berita itu ekoran ia telah disebarkan secara meluas sebelum ini.


“Pas tidak patut salah tafsir. Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, beberapa rakyat Malaysia yang ada talian rapat dengan orang ternama telah memberitahu perkara ini kepada saya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pas ambil tindakan dakwaan terima RM90j daripada PM]

"Mengapa Pas bayangkan sebaliknya? Ia adalah apabila Pas tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash'. Jadi sesiapa yang tiba-tiba rapat mesti timbul syak wasangka,” katanya memetik laporan sebuah portal.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.