'Saya tak harap sokongan ahli Umno'
PUTRAJAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri
Muhyiddin Yassin tidak mengharapkan sokongan ahli Umno terhadap parti
baharu yang bakal diterajuinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) .
Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Umno bagaimanapun berkata, Bersatu sedia membuka ruang kepada ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan parti itu.
"Saya tidak harapkan sokongan dalam Umno kerana mereka ahli Umno. Saya faham kerana kami pun tahu sebagai bekas ahli Umno, boleh dikatakan ramai ahli parti yang saya kenal menunjukkan perasaan tidak 'menggalakkan' terhadap kepimpinan yang ada.
"Tetapi mereka tidak bersedia untuk menyatakan secara terbuka. Bagi saya, sekarang ini kita sudah menyediakan ruang baharu bukan sahaja untuk ahli Umno, tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat dan perjuangan sama untuk bersama dengan kita," katanya selepas menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Bersatu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.
Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja Bersatu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin; Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman; pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.
Dua lagi ahli jawatankuasa penaja iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak hadir kerana difahamkan berada di luar negara.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui, sebagai sebuah parti baharu, Bersatu tidak mampu bergerak sendiri dan akan menjalinkan kerjasama rapat dengan parti pembangkang lain.
"Secara tidak rasmi, sebelum penubuhan parti ini, kita mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk beberapa parti politik. Bagi saya, ia agak positif dan menggalakkan.
"Kita harap selepas parti ini didaftarkan secara sah, maka boleh diadakan perbincangan lanjut untuk menunjukkan kerjasama politik yang mapan. Dengan cara itu kita sama-sama dapat berjuang untuk mencapai matlamat kita bagi menyelamatkan negara," katanya.

2 orang berkata:
Nampaknya perancangan PAS utk hancurkan UMNO sudah semakin hampir jadi kenyataan dari hari ke hari..
Cuba bayangkan jika Najib jatuh dari awal spt yg dirancangkan oleh PH dan Tun M, pasti Tun M sendiri akan kemudi UMNO kembali hingga jadi lebih kuat..
Kini dgn penubuhan parti baru, secara tak langsung Tun M bertindak membantu PAS utk hancurkan UMNO..
Hebat sungguh bacaan politik TGHA dan TITM!!
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment